[KOMENTAR] MESUT ÖZIL TONGGAK KEJAYAAN ARSENAL

arsene-wenger-with-jose-mourinhoPengurus Chelsea, Jose Mourinho mengakui Arsenal kini merupakan pencabar utama kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini selepas berjaya menandatangani Mesut Özil dari Real Madrid. Pemain berusia 24 tahun memulakan debut bersama Arsenal pada Sabtu lalu dengan melakukan satu assist buat Olivier Giroud meledak gol pertama perlawanan. Bagi pengurus yang digelar ‘The Special One’ itu, skuad Arsenal kini jauh lebih matang serta bakal lebih menyerlah dengan ketibaan perancang kreatif Jerman itu.

“Anda harus melihat pemain-pemain mereka (Arsenal). Theo Walcott sudah tidak seremaja dahulu. Jack Wilshere pula adalah tonggak masa depan pasukan England. Santi Cazorla adalah juara Eropah. Saya berbicara mengenai pasukan yang dihuni oleh bakat-bakat yang sudah matang,” kata Mourinho kepada laman Chelsea.

“Arsenal merupakan pasukan yang memiliki pemain-pemain berkelas dunia dan juga dibimbing oleh pengurus berpengalaman dalam Liga Perdana Inggeris.”

“Ini belum ditambah dengan kehadiran Ozil yang bakal memberi lebih sengat di bahagian serangan. Sudah tentu mereka merupakan pasukan pilihan untuk menjulang kejuaraan musim ini,” kata pelatih kelahiran Portugal itu lagi.

Mesut-Ozil-vs-Sunderland-2013Sementara itu, pengurus Tottenham Hotspurs, Andre Villas-Boas turut sependapat dengan Jose Mourinho dan memuji langkah Arsenal menandatangani playmaker Jerman, Mesut Ozil. Pemain tengah berusia 24 tahun itu kini tampil selaku pemain termahal Arsenal apabila melengkapkan perpindahan dari Real Madrid dengan yuran perpindahan dianggarkan bernilai £42.5 juta.

“Mereka (Arsenal) mengeluarkan dana sebanyak €50 juta untuk mendapatkan pemain bernombor 10 dan semua orang tidak meragui kemampuannya,” kata Villas-Boas kepada Foxsport.

“Mereka (Arsenal) jiga mempunyai banyak pemain di posisi tersebut tetapi mereka akan menjadi lebih kuat dengan kehadiran Ozil.”

“Arsenal telah melakukan sesuatu perkara yang hebat pada hari-hari terakhir bursa perpindahan dengan mendapatkan Ozil. Mereka akan lebih kompetatif seperti sebelum ini.”

“(Mesut) Ozil merupakan seorang pemain yang luar biasa, berbakat besar dan Arsenal sanggup membayar harga yang mahal untuk pemain itu,” kata Villas-Boas lagi.

This entry was posted in Komentar and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply