[KOMENTAR] MESUT OZIL HEBAT UNTUK ARSENAL – FABREGAS

Cesc-Fabregas-vs-Mesut-OzilCesc Fabregas percaya bahawa bekas kelabnya, Arsenal telah mengambil langkah bijak dengan menandatangani pemain kedua terbaik Real Madrid, Mesut Ozil pada detik-detik akhir jendela perpindahan musim panas lalu yang penuh dramatik. Playmaker Jerman itu memecahkan rekod perpindahan termahal Arsenal apabila melengkapkan perpindahan ke Stadium Emirates dengan yuran perpindahan dianggarkan bernilai £42.5 juta.

Ramai pihak terkejut termasuk rakan-rakan sepasukan Ozil di Real Madrid dengan perpindahan pemain antarabangsa Jerman berusia 23 tahun itu. Bekas kapten Arsenal turut terkejut dengan keputusan The Galacticos melepaskan Ozil namun mengakui perpindahan tersebut itu bakal memberi impak positif kepada The Gunners. Cesc Fabregas telah menghabiskan 8 musim bersama Arsenal sebelum kembali ke pangkuan Barcelona pada musim panas 2011.

“Saya sangat terkejut dengan pemergian (Mesut) Ozil, dia merupakan pemain kedua terbaik di Real Madrid selepas Cristiano (Ronaldo). Dia bakal menjadi pemain yang hebat untuk Arsenal,” kata Fabregas kepada stesen radio Sepanyol, Cadena Cope.

Barcelona-creative-midfielder-Cesc-FabregasCesc Fabregas turut menyangkal khabar angin yang mengaitkan dirinya dengan kepulangan ke Liga Perdana Inggeris. Terdahulu, Manchester United dikhabarkan telah mengemukan 2 bidaan untuk mendapatkan playmaker Sepanyol berusia 26 tahun itu. Namun, Fabregas menegaskan dirinya gembira dengan kehidupan di Nou Camp meskipun kurang mendapat peluang beraksi bersama The Catalan.

“Cabaran yang sukar lebih baik di mana saya menyukainya dan cabaran di Barcelona sangat besar dan mencabar,” kata Fabregas lagi.

“Saya mahu menamatkan karier dengan gembira jika dapat bersara di Barca, itu sesuatu yang sangat bagus. Hanya satu perkara yang berada dalam fikiran saya iaitu meraikan kejayaan bersama Barcelona.”

“Ketika saya tiba di Barcelona, saya sememangnya mengetahui kedudukan saya di mana saya boleh mendapat sesuatu yang lebih atau beraksi lebih banyak tetapi kembali menyarung jersi Barcelona merupakan impian saya.”

“Itu merupakan impian saya sejak kecil lagi. Saya tidak akan ke mana-mana sekalipun diberikan gaji dua kali ganda,” kata pemain tengah berusia 26 tahun itu lagi.

This entry was posted in Komentar and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply