[KOMENTAR] MESUT OZIL DIJUAL KERANA GAGAL – OLIVIER KAHN

Mesut-Ozil-vs-PSG-Ogos-2013Perancang tengah Jerman, Mesut Ozil dijual oleh Real Madrid kerana gagal memenuhi kehendak kelabnya lantaran rekod jaringan gol yang kurang baik. Pengurus Los Blancos, Carlo Anceloti turut melihat pemain berusia 24 tahun tidak mempunyai masa depan di Santiago Bernabeu ekoran ketibaan perancang muda Sepanyol, Isco. Mesut Ozil akhirnya melengkapkan perpindahan ke Arsenal dengan yuran perpindahan sebanyak £42.5 juta pada jam-jam terakhir sebelum jendela perpindahan ditutup.

“Mesut Ozil gagal membuatkan dirinya sangat diperlukan oleh Real Madrid,” nukil Oliver Kahn dalam ruangan tabloid Jerman, The Bild.

“Musim lalu, dia hanya menjaringkan 9 gol dalam La Liga – di posisinya selaku attacking midifielder masih tidak mencukupi terutama apabila melihat Real Madrid menjaringkan 100 semusim.”

“Mereka yang ingin bertahan bersama kelab besar seperti Madrid harus membuktikan keupayaan diri sendiri dalam setiap perlawanan dan menunjukkan bahawa mereka adalah yang terbaik di antara yang terbaik.”

“Namun, menarik untuk melihat samada Ozil mampu menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris dengan gayanya,” kata penjaga gol lagenda Jerman itu lagi.

Sepanjang 3 tahun bersama Los Blancos, Mesut Ozil hanya menjaringkan 27 gol dalam 159 perlawanan. Sementara itu, pengurus skuad kebangsaan Jerman, Joachim Loew mengakui terkejut dengan keputusan Real Madrid melepaskan Ozil ke Arsenal. Loew bersama skuad kebangsaan Jerman kini sedang melakukan persiapan untuk menghadapi perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Austria menganggap perpindahan Ozil itu sukar untuk difahami.

“Ramai pemain-pemain Real Madrid seperti Cristiano Ronaldo dan Sami Khedira sedih dengan perpindahan (Ozil ke Arsenal) ini. Bagi saya, sukar untuk difahami mengapa Real Madrid menjual salah seorang penyumbang gol utama mereka,” kata Joachim Loew.

“Saya rasa Mesut merupakan seorang pemain yang sensitif di mana dia memerlukan kepercayaan yang tinggi dari kelab dan jurulatih.”

“Apabila saya mendengarnya pada hari terakhir sebelum jendela perpindahan ditutup, saya percaya bahawa dia akan meninggalkan Real Madrid. Arsenal dan Wenger meletakkan usaha yang tinggi untuk mendapatkannya. Jadi, sudah tentu ia bagus untuk dirinya.”

“Saya secara peribadi menganggap ini merupakan satu perpindahan yang bagus untuk pasukan kebangsaan kami. Arsenal merupakan kelab yang bagus bersama pengurus yang hebat serta di samping dua rakan sepasukan dalam skuad kebangsaan Jerman, (Lukas) Podolski dan (Per) Mertesacker.”

“Arsenal bermain bila sepak dengan hebat, teknikal di tahap yang tinggi dan saya rasa ini bagus untuk permainan Ozil,” kata Loew lagi.

This entry was posted in Komentar and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply