[KOMENTAR] HARGA OZIL TERLALU MURAH – DAMIEN COMOLLI

Mesut+Ozil+Germany+2012Ketibaan Mesut Ozil ke Arsenal pada saat-saat akhir sebelum perpindahan ditutup jelas mengejutkan ramai pihak. Perancang tengah Real Madrid tiba di Stadium Emirates dengan yuran perpindahan bernilai £42.5 juta sekaligus memecah rekod perpindahan termahal dalam sejarah Arsenal milik Andrey Arshavin. Bekas pengarah sukan Arsenal, Damien Comolli mengakui harga yang dibayar oleh The Gunners masih terlalu murah berbanding kualiti yang dimiliki oleh Ozil.

“Saya rasa dia (Ozil) akan menjadi pembelian terbaik pada bursa perpindahan musim panas ini dan memberi pengaruh besar kepada Arsenal,” kata Comolli baru-baru ini.

“Kehadiran Ozil bakal memberikan lebih kreativiti, teknik dan situasi-situasi yang tidak diduga untuk Arsenal.”

“Ozil merupakan seorang pemain berkelas dunia dan ketika menilai mengenainya pastinya kita akan membayangkan harga Gareth Bale, Edinson Cavani atau Radamel Falcao. Ozil dinilai dengan harga yang cukup murah berbanding kualiti besar yang dimiliki olehnya,” kata bekas pengarah sukan Arsenal itu lagi.

Sementara itu, pengurus Chelsea, Jose Mourinho turut mengakui kualiti besar yang dimiliki oleh Mesut Ozil. Bekas pengurus Real Madrid yang pernah membimbing Ozil itu mengakui keunikan gaya permainannya yang memiliki adunan Zinedine Zidane dan Luis Figo. Malah, ketibaan playmaker kelahiran Jerman itu meletakkan Arsenal kembali menjadi pencabar utama kejuaraan musim ini.

“Dia (Ozil) seorang pemain yang unik. Dia pemain no.10 terbaik di dunia dan setiap orang menyukainya. Dia kelihatan memiliki adunan Zinedine Zidane dan Luis Figo,” kata pengendali berbangsa Portugis itu.

This entry was posted in Komentar and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply