[KECEDERAAN] GEDION ZELALEM DIREHATKAN UNTUK 8 MINGGU

gedion-zelalem-vs-indonesiaBintang muda Arsenal, Gedion Zelalem yang baru disenaraikan dalam skuad utama The Gunners bakal diketepikan untuk tempoh 6 hingga 8 minggu selepas mengalami kecederaan lutut. Pemain muda kelahiran Jerman berusia 16 tahun tahun itu berjaya mencuri tumpuan peminat-peminat dengan menampilkan aksi memukau dalam siri jelajah pra-musim Arsenal baru-baru ini.

Pemain kelahiran Stuttgart itu masih menunggu untuk melakukan debut dalam saingan kompetatif bersama Arsenal. Kecederaan itu bakal menyaksikan Zelalem bakal terlepas aksi perlawanan Piala Capital One menentang West Bromwich Albion pada 24 atau 25 September ini. Pemain yang berketurunan Ethiopia itu mendedahkan bahawa dirinya bakal berehat selama 6-8 minggu menerusi akaun twitter rasminya.

Sementara itu, seorang lagi pemain muda Arsenal, Yaya Sanogo dilaporkan turut mengalami kecederaan. Penyerang muda Perancis berusia 20 tahun itu mengalami kecederaan belakang ketika beraksi bersama skuad kebangsaan Perancis B-21 menentang Belarus pada 10 September lalu. Kecederan yang menimpa Sanogo menyaksikan Wenger bakal meletakkan Nicklas Bendtner sebagai back up kepada Giroud selepas Lukas Podolski dan Theo Walcott bakal disisihkan kerana masalah kecederaan.

This entry was posted in Kecederaan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply