[CORETAN] KAMI BUKAN KAWAN – AARON RAMSEY

Jaringan Ramsey vs Sunderland 2013Bintang muda Arsenal dalam pembikinan, Aaron Ramsey kembali bangkit dari episod hitam karier bola sepaknya dengan mempamerkan aksi cemerlang dalam 7 perlawanan pembukaan musim ini. Pemain antarabangsa Wales berusia 22 tahun itu telah berjaya menjaringkan 6 gol dalam 7 perlawanan musim ini sekaligus kembali ke prestasi terbaiknya sebelum mengalami kecederaan kaki yang serius pada Februari 2010.

Anak kelahiran Caerphilly, Wales itu menyertai Arsenal dari Cardiff City pada 10 Jun 2008 dengan menandatangani kontrak jangka masa panjang. Tatkala Aaron Ramsey mula mengukir nama dalam bola sepak Inggeris, langkah terhenti apabila mengalami patah tulang kakinya selepas diterjah oleh Ryan Shawcross pada 27 Februari 2010. Pemain tengah Arsenal itu terpaksa bergelut dalam proses pemulihannya dan kembali menemui sentuhan musim ini.

Aaron Ramsey bakal kembali bersemuka dengan Ryan Shawcross ketika Arsenal menerima kunjungan Stoke City di Stadium Emirates malam esok mengakui dirinya masih gagal untuk melupakan peristiwa hitam yang berlaku ke atas dirinya itu. Pemain berusia 22 tahun mengakui bersedia untuk bersalaman sebelum sepak mula perlawanan dengan Shawcross namun tidak bersedia untuk memaafkan kapten Stoke City itu sepenuhnya.

“Saya akan melakukannya (bersalaman dengan Shawcross). Kami bukan kawan tetapi kami bermain bola sepak bersama,” kata Ramsey baru-baru ini.

Aaron-Ramsey-broken-leg-2010“Ia mengambil masa yang panjang untuk pulih sepenuhnya dari kecederaan itu. Saya mengambil masa yang lama untuk mengatasi tekanan mental yang dihadapi. Ia bermula sejak Krismas lalu di mana saya kembali menuju prestasi terbaik saya.”

“Itu yang memberikan saya keyakinan dan saya berjaya mengatasinya.”

“Untuk pulih sepenuhnya dari kecederaan itu mengambil masa yang lama. Mungkin kadang kala lebih singkat. Anda harus terus percaya dan berusaha dengan gigih untuk kembali mendapatkan keyakinan diri yang sepenuhnya.”

“Segala memori itu telah berlalu. Kali in pastinya berbeza. Kami beraksi di laman sendiri dan (Stoke City) di bawah Mark Hughes telah mengubah gaya permainan mereka.”

“Saya pasti mereka (Stoke City) memiliki kelebihan fizikal dan menekan kami. Tetapi kami beraksi di laman sendiri dan saya berharap kami mendapat keputusan yang baik,” kata pemain antarabangsa Wales berusia 22 tahun itu lagi.

This entry was posted in Coretan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply