[CORETAN] GIROUD MAHU MENJADI PENYERANG LAGENDA ARSENAL

Olivier Giroud want to be top scorerOlivier Giroud melaungkan keinginan untuk menjadi penyerang lagenda Arsenal sebaris dengan Thierry Henry dan Robin van Persie. Meskipun dikritik hebat musim lalu apabila sekadar meledak 11 gol dalam 34 perlawanan Liga Perdana Inggeris namun musim ini penyerang antarabangsa Perancis itu bangkit dengan meledak 4 gol daripada 5 perlawanan setakat ini. Giroud tiba di Stadium Emirates pada Jun 2012 bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Robin van Persie.

“Thierry Henry dan Robin van Persie tidak membina diri mereka dalam semusim. Saya berjaya mencapai tahap terbaik saya ketika berusia 25 tahun,” kata Giroud kepada L’Equipe.

“Jika anda melihat kepada (Robin) van Persie, dia hanya menyerlah untuk Arsenal dalam dua tiga musim yang lalu manakala Thierry Henry pula menjaringkan gol sebanyak yang saya jaringkan pada musim pertama saya.”

olivier-giroud-header-goal-vs-fulham-2012“Saya mahu menjadi penyerang no.1 Arsenal dan kemudiannya orang akan berkata ; Di Arsenal, terdapat Henry, van Persie dan Giroud,” kata penyerang berusia 27 tahun itu.

Olivier Giroud juga mahu mengikuti jejak langkah Thierry Henry dan Robin van Persie untuk memenangi anugerah Kasut Emas Liga Perdana Inggeris musim dan memimpin carta penjaring terbanyak dengan 4 gol bersama-sama penyerang Liverpool, Daniel Sturridge. Penyerang tinggi lampai itu pernah memenangi anugerah penjaring gol terbanyak Ligue pada musim 2011/12 dengan meledak 21 gol daripada 36 perlawanan liga.

This entry was posted in Coretan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply