[BULETIN] RUNNING MAN VIETNAM TERUS CURI TUMPUAN

vu-xuan-tien-running-man-vietnamVu Xuan Tien atau lebih dikenali sebagai Running Man Vietnam sekali mencuri tumpuan apabila menduduki tempat pertama bagi kategori amatur 12 hingga 29 tahun dalam larian ‘Hanoi Vertical Run’ pada 15 September lalu. Vu Xuan Tien mula menjadi perhatian apabila dia melakukan larian solo mengejar bas rombongan pemain Arsenal selama 15 minit semasa siri jelajah pra-musim Arsenal Asia Tour di Vietnam pada Julai lalu.

Dalam acara tersebut yang disertai oleh pelari-pelari, peserta dikehendaki menamatkan larian anak tangga bangunan 72 tingkat di Hanoi itu dengan penglibatan lebih 100 orang pelari-pelari amatur.

Vu Xuan Tien berjaya menduduki tempat pertama dengan mencatat masa 11 minit dan 44 saat mengatasi Erik Cunelius di tempat ke-2 dengan catatan masa 12 minit 44 saat manakala Phan Tien apabila sekadar mencatat masa 14 minit 19 saat.

Terdahulu, Vu Xuan Tien diberi layanan istimewa dengan berpeluang bergambar dengan pemain-pemain Arsenal serta menerima sehelai jersi Arsenal replika lengkap dengan tandatangan kesemua pemain-pemain Arsenal. Dia turun diundang khas ke Stadium Emirates untuk menyaksi perlawanan Piala Emirates antara Arsenal dengan Napoli pada 3 Ogos lalu dengan mendapat layanan istimewa daripada pengurusan Arsenal.

p/s : Kalo korang nak jadi Running Man Malaysia plak, kena mula berlatih dari sekarang. Nanti ramai-ramai pakat kejar bas rombongan pemain-pemain Arsenal kalau diaorang datang Malaysia lagi.. =)

This entry was posted in Buletin and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply