[BULETIN] BECKHAM JR BAKAL SERTAI ARSENAL?

Romeo-Beckham-in-Emirates-StadiumAnak kepada bekas bintang Manchester United dan Real Madrid, David Beckham sememangnya merupakan seorang penyokong setia The Gunners. Romeo dilihat meraikan ulang tahun kelahirannya ke-11 bersama bapanya dengan menonton perlawanan North London Derby antara Arsenal dan Tottenham Hotspurs pada awal bulan lalu. Romeo pernah bertemu dengan Arsene Wenger dan menerima sehelai jersi Arsenal yang lengkap dengan nama dan nombor kegemarannya.

Peristiwa tersebut menyebabkan anak kedua David Beckham itu lebih cenderung untuk memilih Arsenal sebagai kelab pilihannya berbanding adik beradiknya, Brooklyn dan Cruz yang merupakan penyokong tegar Manchester United. Hujung minggu lalu, Romeo telah menulis dalam laman Instragram bahawa dirinya bakal menjadi seorang The Gunners dengan berkata, “Bakal bermain dengan Arsenal suatu hari nanti.”

David-Beckham-training-in-Arsenal-2013Pada Januari lalu, David Beckham telah menjalani latihan bersama Arsenal di London Colney bersama The Gunners sebelum menandatangani kontrak selama 5 bulan bersama juara Ligue 1, Paris Saint-Germain. Namun, akhirnya bekas kapten England berusia 38 tahun itu mengumumkan persaraannya pada penghujung musim lalu selaku pemain bola sepak professional.

This entry was posted in Buletin and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply