[BULETIN] AARON RAMSEY PEMAIN TERBAIK BULAN OGOS

Aaron+Ramsey+goal+vs+Olympiakos+2012Aaron Ramsey meneruskan kecemerlangannya apabila dipilih selaku Pemain Terbaik Arsenal bagi bulan Ogos. Ini merupakan anugerah kedua yang diterima oleh pemain antarabangsa Wales berusia 23 tahun selepas turut dipilih selaku Pemain Terbaik Arsenal bagi bulan April lalu. Peningkatan prestasi yang ditunjukkan oleh anak kelahiran Cardiff menamatkan kritikan-kritikan yang diterima olehnya sejak beberapa musim lalu.

Kecederaan yang dialami Mikel Arteta menyaksikan Ramsey diberi peranan untuk mengemudi jentera tengah Arsenal. Beliau telah memulakan aksi dalam kesebelasan utama bersama The Gunners dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Aston Villa, Fulham dan Tottenham Hotspurs. Bekas kapten skuad kebangsaan Wales ini turut meledak 3 gol dalam dua perlawanan play-off menentang Fenerbahce.

Pemain berusia 23 tahun ini turut menghasilkan 1 assist sepanjang Ogos lalu. Aaron Ramsey telah menerima 77.1% undian manakala penyerang antarabangsa Perancis, Olivier Giroud berada di tempat kedua dengan 13.9% sementara Tomas Rosicky menduduki tempat ketiga dengan 2.0% undian. Pemilihan ini berdasarkan undian yang dilakukan oleh penyokong-penyokong Arsenal menerusi laman sesawang rasmi Arsenal.com.

Sementara itu, jaringan kedua Ramsey ketika menentang Fenerbahce di Stadium Emirates turut dipilih selaku Gol Terbaik Arsenal bagi bulan Ogos. Jaringan tesebut itu hadir menerusi umpanan Kieran Gibbs sebelum Ramsey melakukan sepakan half-volley yang menewaskan penjaga gol Fenerbahce, Volkan Demirel. Gol Ramsey itu menerima 54% undian mengatasi dua gol Lukas Podolski ketika menentang Fulham.

Sumber : www.arsenal.com

This entry was posted in Buletin and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply