[BULETIN] MARK HUGHES HAIRAN DENGAN CARA ARSENAL MENJARINGKAN GOL

Mertesacker-goal-Arsenal-vs-Stoke-City-2013Stoke City terpaksa menelan kepahitan apabila dikecewakan oleh The Gunners 1-3 dalam perlawanan kelima Liga Perdana Inggeris musim ini. Kemenangan ke atas The Potters itu berjaya melonjakan skuad bimbingan Arsene Wenger ke persada liga dengan mengumpul 12 mata bersama-sama musuh setempat Spurs yang berada di kedudukan kedua. Pengurus Stoke City, Mark Hughes mengakui hairan dengan cara Arsenal meraih kemenangan semalam.

Dalam perlawanan semalam, Arsenal membuka tirai jaringan menerusi Ramsey yang menyambut bola muntah susulan sepakan percuma Mesut Ozil seawal minit ke-5 sebelum Stoke City kembali mengikat kedudukan menerusi jaringan Geoff Cameron pada minit ke-26. The Gunners kembali di depan menerusi tandukan Mertesacker yang berpunca daripada sepakan sudut Ozil pada minit ke-36. Skuad Arsene Wenger melengkapkan kemenangan bergaya selepas Sagna menanduk masuk sepakan percuma Ozil pada minit ke-72.

Menurut, pengurus Stoke City, Mark Hughes itu pasukan tidak berhak kalah kerana berjaya menguasai perlawanan dengan baik dengan beberapa kali berjaya mengancam kubu The Gunners. Pengurus kelahiran Wales berusia 49 tahun itu seakan-akan tidak percaya dengan kesemua jaringan Arsenal diperolehi menerusi situasi bola mati yang sememangnya jarang dilakukan oleh anak-anak buah Arsene Wenger.

Mathieu+Flamini+v+Stoke+City+2013“Sudah tentu kami kecewa ditewaskan dengan tiga gol yang berpunca daripada situasi bola mati,” kata Hughes kepada Sky Sports.

“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, saya tidak fikir Arsenal mampu menjaringkan gol menerusi situasi bola mati terutama tiga gol dalam satu perlawanan.”

“Ya, kami memang kecewa. Kami berjaya mengawal bola pada awal permainan dan saya rasa kami berjaya mengawal bola, mara ke hadapan dan menekan mereka (Arsenal).”

“(Kami) hanya dipisahkan dengan tiga gol da kami berjaya mengawal permainan dan memberikan kepada mereka satu perlawanan yang sukar. Kami juga berjaya mencipta banyak peluang.”

“Dan sepertinya, gol ketiga (Arsenal) telah menamatkan semangat melawan kami dan ini merupakan satu perlawanan yang sukar bagi kami beraksi di tempat lawan,” kata Hughes lagi.

This entry was posted in Buletin and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply