[BULETIN] ARSENE WENGER MAHU TERUS BIMBING ARSENAL

Arsenal-Arsene+Wenger+croppedArsene Wenger akhirnya menamatkan spekulasi yang mengaitkan dirinya dengan perpindahan ke kelab lain apabila pengurus berbangsa Perancis itu menyatakan kesediaan untuk menandatangani kontrak lanjutan bersama The Gunners. Dengan kontrak Wenger yang bakal berakhir pada penghujung musim ini, pengurusan Arsenal telah mengambil langkah awal untuk terus mengekalkan pengurus berusia 63 tahun itu di Stadium Emirates.

Pengurus yang digelar Le Prof itu mula berkhidmat bersama Arsenal sejak 17 tahun lalu apabilan dilantik selaku pengurus pada September 1996. Sepanjang bersama The Gunners, Wenger berjaya membantu menjulang 3 kejuaraan Liga Perdana Inggeris, 4 Piala FA dan 4 Perisai Komuniti. Terdahulu, pemilik Arsenal, Stan Kroenke turut menyatakan sokongan untuk Wenger terus kekal membimbing The Gunners.

“Saya berasa terhormat apabila mendapat sokongan daripada Stan Kroenke. Beliau merasakan saya mampu membantu kelab dengan mendapat sokongan padu. Ini sesuatu yang positif bagi saya,” kata Wenger kepada Sky Sports.

Stan-Kroenke-and-Arsene-Wenger“Saya mendapat sokongan yang berterusan dari dalaman kelab. Saya sungguh berbangga kerana sepanjang 17 tahun mengharungi jatuh dan bangun bersama-sama. Mereka sentiasa menaruh kepercayaan kepada saya.”

“Saya ingin sekali terus kekal di sini kerana saya berasa sangat abadi. Semestinya saya menyayangi kelab ini. Saya menerima banyak tawaran (sejak beberapa tahun lalu). Tetapi saya merasakan kelab ini cukup istimewa.”

“Kini, kami sudah mempunyai pasukan yang sempurna dan sedia untuk bersaing. Saya mahu fokus dengan kualiti kami musim ini. Saya tidak percaya jika ada pihak yang mempersoalkan komitmen saya bersama kelab ini.”

“Kami akan melakukannya (perbincangan kontrak) apabila kami menemui masa yang sesuai. Saya tidak fikir ini merupakan perkara yang penting ketika ini,” kata Wenger lagi.

This entry was posted in Buletin and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply