[BULETIN] ARSENAL TAWAR KONTRAK LUMAYAN KEPADA WENGER

arsene-wenger-agm-2012Selepas berbelanja besar dengan membawa masuk bintang muda Jerman, Mesut Ozil yang bernilai £42.5 juta, Arsenal dilaporkan bersedia menawarkan kontrak lumayan kepada pengurus The Gunners, Arsene Wenger. Kontrak pengurus berbangsa Perancis itu bakal berakhir penghujung musim ini namun Arsenal mahu mengambil langkah awal dengan bersedia menawarkan kontrak bernilai £7.5 juta untuk tempoh dua tahun.

Pemilik Arsenal, Stan Kroenke dan CEO Arsenal, Ivan Gazidis menegaskan bahawa Wenger sememangnya layak mendapat kontrak lumayan itu selepas berjaya menandatangani playmaker Real Madrid, Mesut Ozil pada hari-hari terakhir sebelum jendela perpindahan ditutup. Panggilan telefon daripada Wenger kepada Ozil berjaya menyakinkan pemain tengah berusia 24 tahun itu untuk berhijrah ke Stadium Emirates.

arsene-wenger_david_dein_arsenal_victoryArsene Wenger kini tampil selaku pengurus paling lama membimbing The Gunners selama 17 tahun sejak September 1996. Meskipun gagal menghadiah sebarang kejuaraan buat Arsenal sejak 8 musim yang lalu, namun pengurus berusia 63 tahun itu masih merupakan pengurus paling berjaya buat The Gunners dengan membantu meraih 3 kejuaraan Liga Perdana Inggeris, 4 kejuaraan Piala FA dan 4 kejuaraan Perisai Komuniti selain muncul naib juara Liga Juara-Juara Eropah bagi musim 2005/06.

Terdahulu, Wenger membayangkan hasrat beliau untuk mengikut jejak langkah Sir Alex Ferguson yang bersara pada penghujung musim lalu. Namun, pengurus kelahiran Perancis itu masih menjadi sasaran untuk membimbing beberapa kelab utama Eropah termasuk Real Madrid, AC Milan, Paris Saint-Germain, AS Monaco dan banyak lagi. Sehingga kini masih belum ada keputusan muktamad yang dicapai antara kedua-dua pihak.

This entry was posted in Buletin and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply