[BULETIN] ARSENAL PANTAU SITUASI SUAREZ JANUARI INI

luiz-suarez-liverpool-dissapointedPerpindahan bintang muda Jerman, Mesut Ozil ke Arsenal pada hari-hari terakhir musim panas ini jelas memberi impak besar kepada The Gunners meskipun masih belum turun beraksi. Kehadiran playmaker sensasi Real Madrid itu menepis perspektif negatif segelintir pemerhati-pemerhati bola sepak yang menganggap bahawa Arsenal bukan lagi pencabar utama kejuaraan selepas gagal untuk membawa masuk beberapa nama-nama besar.

Malah, kehadiran Mesut Ozil dengan yuran perpindahan sebanyak £42.5 juta turut merubah tanggapan sesetengah pihak bahawa Arsenal tidak memiliki kewangan yang kukuh dan tidak bersedia untuk mengeluarkan perbelanjaan yang besar bagi menandatangi pemain-pemain berstatus bintang. Di samping itu, kelibat tonggak tengah berusia 23 tahun itu juga berjaya menarik minat pemain-pemain bintang lain untuk menyertai Arsenal.

Terbaru, Arsene Wenger dilaporkan terus memantau perkembangan penyerang Liverpool, Luis Suarez yang dilaporkan tidak gembira dengan kehidupan di Anfield meskipun Olivier Giroud sudah menemui sentuhan dalam saingan Liga Perdana Inggeris. Penyerang antarabangsa Uruguay berusia 26 tahun itu menyatakan hasrat untuk beraksi dalam saingan Liga-Liga Juara Eropah selepas Liverpool gagal untuk melayakan diri ke kejohanan tersebut sejak 2008/09.

Dalam masa yang sama, hubungan Robin van Persie dengan pengendali Manchester United, David Moyes dilaporkan dingin. Spekulasi itu turut mengaitkan kepulangan bekas penyerang prolifik Arsenal itu ke Stadium Emirates selepas Robin van Persie tidak sehaluan dengan Moyes yang baru dilantik mengantikan Sir Alex Ferguson pada hujung Mei lalu. Penyerang berusia 30 tahun meninggalkan Arsenal pada jendela perpindahan musim panas 2012/13 dengan yuran perpindahan sebanyak £24 juta.

This entry was posted in Buletin and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply