[BULETIN] ANCAMAN FLAMINI TERHADAP WILSON DISIASAT OLEH FA

Mathieu+Flamini+v+Stoke+City+2013Mathieu Flamini sekali lagi mencetuskan kontroversi ketika perlawanan menentang Stoke City hujung minggu lalu. Pemain tengah kelahiran Perancis itu menjadi tonggak kejayaan Arsenal menewaskan The Potters 3-1 di Stadium Emirates sekaligus dipilih selaku pemain terbaik perlawanan tersebut. The Gunners kini berjaya mengekalkan rentak kemenangan selepas mengalami kekalahan mengejut kepada Aston Villa pada perlawanan pembukaan liga pada pertengahan Ogos lalu.

Pemain tengah berusia 29 tahun yang kembali menyertai The Gunners pada awal Ogos lalu telah berdepan dengan siasatan daripada FA England ekoran ancamannya terhadap pertahanan Stoke City, Marc Wilson. Dalam perlawanan hujung minggu lalu, Marc Wilson beberapa kali telah melakukan terjahan keras terhadap bintang muda Arsenal, Jack Wilshere sekali mengundang kemarahan Flamini.

Pemain tengah Perancis itu kemudiannya mengeluarkan kata-kata ancaman terhadap Wilson dengan berkata ; “Lakukanlah (mengasari Wilshere) sekali lagi dan saya akan butakan mata kamu.”

Kata-kata daripada Flamini itu telah menyebabkan FA England melakukan siasatan serta memberikan amaran lisan kepada pemain tengah berusia 29 itu agar tidak mengulangi tindakannya itu. Kehadiran Flamini sememangnya berjaya memberi impak kepada skuad bimbingan Arsenal dengan memberikan aksi yang lebih konsisten dan bertenaga selepas dimalukan oleh Aston Villa di laman sendiri pada 24 Ogos lalu.

This entry was posted in Buletin and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply