[ANALISIS] DEBUT MESUT OZIL BERSAMA ARSENAL

Mesut-Ozil-vs-Sunderland-2013Penantian penyokong-penyokong Arsenal dan pemerhati bola sepak Liga Perdana Inggeris untuk menyaksikan bintang termahal The Gunners, Mesut Ozil melakukan debut berakhir apabila playmaker Jerman itu turun menentang Sunderland hujung minggu lalu. Terdahulu, Mesut Ozil menyertai Arsenal dari kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid dengan yuran perpindahan bernilai £42.5 juta pada hari-hari terakhir jendela perpindahan Ogos lalu.

Pemain tengah berusia 24 tahun itu yang turut digelar sebagai ‘King of Assist’ memiliki gaya permainan unik dan kemahiran teknikal yang sempurna. Mesut Ozil turun buat pertama kali bersama Arsenal pada Sabtu lalu ketika menentang Sunderland di Stadium of Light. Dalam perlawanan itu, tonggak antarabangsa Jerman itu telah beraksi dalam 79 minit dengan mencipta satu assist buat Olivier Giroud sebelum digantikan oleh Thomas Vermaelen.

Ketika menentang Sunderland hujung minggu lalu, Ozil dilihat tidak diberi kawalan ketat dengan bebas memecah benteng The Black Cat serta mencipta beberapa umpanan menarik buat Olivier Giroud dan Theo Walcott. Selain itu, Ozil turut mendapat sokongan yang baik daripada jentera tengah yang diterajui oleh Aaron Ramsey dan Mathieu Flamini. Playmaker Jerman itu sering bertukar-tukar posisi dengan Jack Wilshere dan Theo Walcott.

Mesut Ozil telah mencipta 89.9% hantaran sempurna (79 hantaran) di mana 77 daripadanya adalah hantaran pendek manakala 2 merupakan hantaran panjang. Pemain berusia 24 tahun itu turut melakukan 37% hantaran ke hadapan dan tiga key passes selain melakukan 97 sentuhan sepanjang 79 minit beraksi. Ozil telah mencipta satu assist dan melakukan 2 percubaan (1 percubaan tepat).

Bekas tonggak tengah Real Madrid ini berjaya memenangi 5 kawalan bola dan 5 recoveries sepanjang debut perlawanan bersama Arsenal. Persembahan daripada pemain termahal The Gunners ini menepati kualiti dan reputasinya selaku antara playmaker terbaik di Eropah ketika ini. Dan Mesut Ozil dilihat semakin menyesuaikan diri dengan corak permainan Arsenal dan bakal mengegar saingan pentas bola sepak Liga Perdana Inggeris.

Selamat maju jaya buat Mesut Ozil..

This entry was posted in Informasi and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply