[PERSPEKTIF] WENGER PUAS HATI DENGAN PERSEMBAHAN SANOGO

Yaya-Sanogo-debut-in-ArsenalPengurus Arsenal, Arsene Wenger mengakui berpuas hati dengan persembahan penyerang baru, Yaya Sanogo yang melakukan debut ketika menentang Galatasaray di Stadium Emirates semalam. Penyerang muda Perancis itu dibawa masuk secara percuma dari kelab Perancis, Auxerre pada jendela perpindahan musim panas ini. Sanogo merupakan sebahagian daripada tonggak skuad Perancis yang menjuarai Kejuaraan Piala Dunia FIFA B-20 baru-baru ini.

Penyerang berusia 20 tahun ini disenaraikan dalam kesebelasan utama ketika Arsenal tewas 1-2 kepada Galatasaray sekaligus gagal untuk menjulang Kejuaraan Piala Emirates 2013. Sanogo bermula garang dan hampir membolosi gawang Galatasaray yang dikawal oleh Fernando Muslera ketika perlawanan baru berusia 42 saat. Pemain muda Perancis terus hampa apabila gagal menyempurnakan beberapa peluang terhidang untuk memberikan gol buat The Gunners.

“Ya, saya gembira dengan (persembahan) dia. Dengan mengakui bahawa dia baru kembali dari cuti dan hanya mempunyai 3-4 hari untuk berlatih, apa yang dilakukannya cukup mempengaruhi pasukan,” kata Wenger ketika ditanya mengenai persembahan Sanogo semalam.

Dalam masa yang sama, Theo Walcott turut menghamburkan pujian terhadap pemain muda Perancis yang dilabel sebagai ‘The Next Henry’. Penyerang antarabangsa England berusia 24 tahun itu mengakui bahawa Sanogo mempunyai kualiti yang diperlukan oleh Arsenal dan mampu menyerlah dalam masa terdekat. Malah, Walcott mengakui kehadiran Sanogo bakal memberi persaingan yang lebih sengit kepada posisi serangan Arsenal.

“Dia (Sanogo) seorang pemain yang kuat. Dia hanya berlatih dalam dua sesi latihan bersama kami dan saya hanya berlatih dengannya untuk tempoh yang singkat,” kata Walcott.

“Dia seorang pemain yang bagus dan saya rasa dia sudah melakukan sesuatu yang bagus kepada pasukan. Terdapat banyak persaingan untuk posisi ini. Saya rasa dia mahu membuktikan kualiti dalam dirinya pada perlawanan hari ini (semalam),” kata pemain antarabangsa England itu lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply