[PERSPEKTIF] RAMSEY MAHU ARSENAL DAPATKAN PEMAIN BARU

Aaron+Ramsey+goal+vs+Olympiakos+2012Aaron Ramsey menjadi watak penting membantu Arsenal melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara Eropah buat kali ke-16 berturut-turut. Dua jaringan daripada pemain kelahiran Wales itu ketika menentang Fenerbahce sekaligus berjaya melengkapkan kemenangan aggregate 5-0 selepas cemerlang menundukan naib juara Liga Turki 3-0 di Istanbul dalam perlawanan playoff pertama minngu lalu.

Namun, Ramsey tetap mengesa pengurus The Gunners, Arsene Wenger untuk membawa masuk pemain-pemain baru sebelum jendela perpindahan musim panas 2013 ditutup untuk proses pengiliran pemain dalam skuad utama. Pengiliran pemain sangat penting dalam usaha untuk mengekalkan prestasi pasukan seperti yang dilakukan oleh Manchester City, Manchester United dan Chelsea.

“Kami (Arsenal) memiliki kualiti dalam pasukan namun kekurangan pemain,” kata Ramsey kepada The Sun UK.

“Mungkin itulah yang dilakukan oleh pasukan seperti Manchester City dan Manchester United dengan pengiliran pemain-pemainnya. Mungkin itu yang masih belum kami lakukan.”

“Tetapi kami mempunyai kualiti (dalam pasukan) dan saya berharap satu atau dua pemain tambahan akan membantu mengukuhkan kamiĀ  dan kami boleh melakukan pengiliran pemain,” kata pemain berusia 23 tahun itu lagi.

Incoming search terms:

  • hebatan aaron ramsey atau m arnautovic
This entry was posted in Perspektif and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply