[PERSPEKTIF] PENYOKONG SEHARUSNYA BERSAMA KAMI – WILSHERE

jack-wilshere-suffered-ankle-injuryJack Wilshere mahukan penyokong-penyokong The Gunners melupakan episod duka tewas kepada Aston Villa dan terus memberi sokongan padu kepada Arsenal. Skuad bimbingan Arsene Wenger dikejutkan dengan kekalahan 1-3 kepada Aston Villa pada aksi pembukaan di Stadium Emirates semalam. Jaringan awal Olivier Giroud pada minit ke-6 berjaya dipadamkan oleh gol menerusi dua sepakan penalti Christian Benteke dan jaringan lewat Antonio Manuel Luna.

Selain itu, Arsenal turut dihimpit masalah kecederaan yang serius selepas beberapa pemain utama dihimpit masalah kecederaan yang serius. Terbaru, Alex Oxlade-Chamberlain, Bacary Sagna dan Kieran Gibbs bakal menyertai Thomas Vermaelen dan Nacho Monreal yang terpaksa berehat kerana kecederaan. Pemain muda berusia 21 tahun itu berharap agar rakan-rakan bersatu dan kembali fokus untuk menghadapi cabaran termasuk aksi kelayakan menentang Fenerbahce minggu ini.

“Ini sangat sulit bagi kami,” kata Jack Wilshere selepas perlawanan menentang Aston Villa semalam.

Arsenal-Fans“Penyokong telah membelanjakan wang dan kami memberi persembahan terbaik untuk menenangi perlawanan. Kami mahu menjulang kejuaraan, jadi ini merupakan mesej jelas untuk kalian terus bersama kami. Saingan musim masih lagi panjang.”

“(Aston) Villa merupakan lawan sukar dan kami tidak gembira dengan persembahan kami. Kami harus melupakannya dan kembali fokus untuk aksi kelayakan (Liga Juara-Juara Eropah) minggu ini.”

“Kami sudah bersedia untuk menghadapi perlawanan (menentang Aston Villa) dan bermula dengan baik. Namun, kami gagal mengekalkan tahap kami.”

“Kami masih dalam persaingan (kejuaraan) dan kami akan kembali bangkit selepas ini,” kata Wilshere lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply