[PERSPEKTIF] LADY BRACEWELL-SMITH KECEWA DENGAN KROENKE

Emirates-Stadium-Arsenal-profit-increaseTimbalan presiden kehormat Arsenal, Lady Nina Bracewell-Smith yang juga merupakan bekas pemegang saham Arsenal sekali lagi melahirkan kekecewaannya terhadap barisan lembaga pengarah Arsenal. Beliau turut melahirkan kekesalan kerana menjual sahamnya sebanyak 15.9% kepada Stan Kroenke pada April 2011. Pelbagai kritikan hadir ekoran kekalahan 1-3 The Gunners kepada Aston Villa pada aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates Sabtu lalu.

Stan Kroenke, taikun sukan dari Amerika Syarikat itu menjadi pemegang saham terbesar Arsenal dengan 62.89% selepas mengambil alih saham milik Danny Fizman dan Lady Nina Bracewell-Smith pada 10 April 2011 dengan nilai sebanyak £731 juta. Namun, taikun sukan berusia 66 tahun itu tidak mempunyai keinginan untuk membantu Arsenal terutama dalam urusan perpindahan bagi mengukuh skuad sekaligus menamatkan kemarau kejuaraan sejak 7 musim yang lalu.

Menerusi akaun laman sosial twitter miliknya, Lady Nina Barcewell-Smith mengkritik polisi Kroenke selain mahu gandingan David Dein dan Alisher Usmanov diberi peluang untuk mengembalikan kegemilangan The Gunners. Namun, tidak lama selepas itu beliau memadam status tersebut dalam laman twitternya itu.

Lady-Nina-Bracewell-Smith-kritik-Stan-Kroenke

Incoming search terms:

  • Malayu kronke
This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply