[PERSPEKTIF] JENKINSON SEDIA BERAKSI SEBAGAI BEK TENGAH

Carl-Jenkinson-Arsenal-biggest-step-every-weekCarl Jenkinson mengakui kesediaanya untuk beraksi selaku bek tengah ekoran  krisis kecederaan yang melanda pemain pertahan The Gunners menjelang aksi kedua perlawanan playoff Liga Juara-Juara Eropah menentang Fenerbahce di  Stadium Emirates awal pagi esok. Pemain bek kanan England berusia 21 tahun itu telah menandatangani kontrak jangka masa panjang pada Disember tahun lalu untuk terus bersama Arsenal sehingga 2017.

Semantara itu, Arsene Wenger sudah pasti kehilangan khidmat Thomas Vermaelen dan Laurent Koscielny kerana menghadapi masalah kecederaan. Vermaelen terlepas aksi pembukaan musim ini selepas dihimpit masalah kecederaan belakang pada awal bulan ini sementara Koscielny pula mengalami kecederaan di kepala selepas terkena sepakan pemain Fenerbahce pada aksi perlawanan pertama minggu lalu.

Dengan Ignasi Miguel dan Johan Djourou yang dipinjamkan ke Leichester City dan Hamburger SV, Arsenal kini hanya memiliki seorang bek tengah yang benar-benar cergas iaitu, Per Mertesacker. Malah, ketika aksi menentang Fulham hujung minggu lalu, Bacary Sagna sekali lagi diturun selaku pertahanan tengah bagi bergandingan bersama-sama Mertesacker menyaksikan The Gunners berjaya mencatatkan kemenangan selesa 3-1 di Craven Cottage.

‘Secara peribadi, saya rasa Sagna berjaya memberi impak ketika beraksi di posisi tersebut (bek tengah),” kata Jenkinson menerusi laman rasmi Arsenal.com.

“Saya sangat gembira ketika beraksi bersamanya selaku pemain bek tengah kanan. Sagna seorang yang bagus di udara dan pantas. Dia seorang pertahanan yang berkemampuan.”

Carl Jenkinson turut menyatakan kesediaan untuk beraksi selaku bek tengah jika diperlukan. Pemain kelahiran Harlow, England ini bermula selaku pemain central midfielder sebelum ditukarkan beraksi di posisi pertahanan tengah ketika beraksi di akademi bola sepak Charlton Atheletic. Namun, sejak tiba di Arsenal pada Jun 2011, Jenkinson beraksi selaku pelapis kepada Bacary Sagna di posisi bek kanan.

“Ketika zaman remaja lagi, saya pernah beraksi di pelbagai posisi pertahanan dan saya perah beraksi selaku pemain pertahanan tengah dan saya tidak menghadapi masalah untuk beraksi di posisi itu,” kata Jenkinson lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply