[PERSPEKTIF] DILEMA PERPINDAHAN FABREGAS KE MAN UNITED

Cesc-Fabregas-FC-Barcelona-v-FC-PortoCesc Fabregas kini hangat dikaitkan dengan kepulangan ke Liga Perdana Inggeris dengan Manchester United berminat untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 26 tahun itu. Bekas kapten Arsenal ini meninggalkan Stadium Emirates untuk menyertai kelab remajanya, Barcelona dengan yuran perpindahan dianggarkan bernilai €35 juta. Fabregas dilaporkan tidak gembira sejak meninggalkan Arsenal lantaran banyak menghabiskan masa di bangku simpanan.

Anak kelahiran Arenys de Mar, Barcelona ini memulakan karier awal bersama kelab tempatan, CE Mataro sebelum menyertai FC Barcelona pada 1997 ketika berusia 10 tahun. Karier Fabregas mula bersinar selepas menyertai The Gunners pada 11 September 2003 ketika berusia 16 tahun dan menjadi pemain termuda yang beraksi dalam skuad utama Arsenal ketika berusia 16 tahun 177 hari apabila melakukan debut pada 23 Oktober 2003 dalam saingan Piala Liga menentang Rotterdam United.

Pemergian kapten The Invincibles, Patrick Vieira yang menyertai Juventus pada musim panas 2005 serta kecederaan yang dialami oleh Edu Gaspar dan Gilberto Silva memberi peluang kepada Fabregas untuk diserap ke dalam skuad utama The Gunners. Bintang Fabregas terus bergemerlapan dilantik sebagai kapten Arsenal pada 24 November 2008 ketika berusia 21 tahun 206 hari mengantikan William Gallas yang dilucutkan jawatan.

cesc-fabregas-happy-in-arsenalSepanjang bersama The Gunners, pemain berusia 26 tahun ini telah melakukan 303 perlawanan dengan menjaringkan 57 gol dan menghasilkan 100 assist.

Selepas menghabiskan 8 tahun di Arsenal, Fabregas akhirnya melengkapkan perpindahan kembali ke Barcelona pada 15 Ogos 2011 dengan bayaran perpindahan dianggarkan bernilai €35 juta.

Namun perjanjian tersebut turut disertakan dengan klausa pembelian balik Fabregas andai The Catalan mahu melepaskan pemain tengah Sepanyol itu.

Lantaran itu, isu perpindahan Fabregas ke Old Traford sangat sukar untuk direalisasikan kerana pemain tengah Barcelona itu mempunyai klausa belian semula (buy-back clause) ke Arsenal. Malah, The Gunners hanya satu-satunya kelab yang boleh mengakftifkan klausa pelepasan (release clause) Fabregas yang bernilai £34.4 juta (€40 juta). Barcelona juga masih berhutang sebanyak €16 juta dengan Arsenal dalam urusan pembelian Fabregas.

Menurut, klausa dalam perjanjian perpindahan Fabregas ke Barcelona, The Catalan perlu menawarkan pemain antarabangsa Sepanyol itu kepada Arsenal terlebih dahulu dan jika Arsenal menolak (tidak mahu Fabregas) maka barulah kelab-kelab lain boleh membida untuk mendapatkannya. Namun, Arsene Wenger menegaskan bersedia untuk menerima semula Fabregas andai pemain tengah Sepanyol itu mahu meninggalkan Barcelona buat kali kedua.

Cesc-Fabregas-vs-Arda-Turan-2012Dari aspek yang lain, Barcelona tidak sama sekali akan melepaskan pemain berusia 26 tahun itu kerana pembelian Fabregas pada musim panas 2011 sebagai perancangan jangka masa panjang untuk mengantikan tonggak tengah mereka, Xavi Hernandez yang sudah menjangkau usia 33 tahun. Fabregas merupakan antara calon terbaik untuk mengisi kekosongan yang bakal ditinggalkan oleh Xavi suatu hari nanti.

Lantaran itu, isu perpindahan Fabregas ke Manchester United hanya mainan media untuk meraih populariti dan sensasi semata-mata sama seperti isu bidaan Arsenal untuk mendapat penyerang Liverpool, Luis Suarez dan perpindahan Thiago Alcantara ke Old Trafford suatu ketika dahulu. Dan peluang David Moyes untuk mendapatkan Cesc Fabregas ke Manchester United tampak sangat mustahil.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply