[PERPINDAHAN] GERVINHO SAH MILIK AS ROMA

Gervinho-injured-vs-QPRGervinho sah menyertai saingan Serie A bersama AS Roma dengan yuran perpindahan yang tidak didedahkan namun dianggarkan bernilai £8 juta. Penyerang antarabangsa Ivory Coast itu kian disisihkan sejak musim lalu ekoran ketibaan Lukas Podolski dan Olivier Giroud dengan hanya beraksi dalam 26 perlawanan. Malah, ketibaan penyerang muda Perancis, Yaya Sanogo pada musim panas ini menyaksikan Gervinho semakin terdesak menuju pintu keluar Stadium Emirates.

Penyerang berusia 26 tahun itu tiba di Arsenal dari kelab Ligue 1, Lille pada musim panas 2011 dengan yuran perpindahan dianggarkan bernilai £10.8 juta. Gervinho berjaya meledak 4 gol dalam 37 penampilan pada debut musim bersama The Gunners. Musim 2012/13, penyerang kelahiran Anyama, Ivory Coast memulakan musim dengan memberansangkan dengan menjaringkan 5 gol sebelum meninggalkan Arsenal untuk menyertai kejohanan Piala Negara-Negara Afrika 2011.

Gervinho-Ivory-Coast vs-Portugal-2010Gervinho atau nama sebenarnya Gervais Lombe Yao Kouassi memulakan karier awal bersama akademi kelab tempatan, ASEC Abidjan di Ivory Coast sebelum berhijrah ke Belgium pada 2007 dengan menghabiskan dua musim bersama Beveren. Penyerang berusia 26 tahun itu seterusnya berkelana ke Ligue 1 bersama Le Mans pada musim 2006/07 selama dua musim dan kemudian berhijrah ke Lille pada musim 2008/09 dengan menjulang kejuaraan liga pada musim kedua.

Buat Gervinho, terima kasih atas sumbangan anda dan selamat maju jaya.

This entry was posted in Perpindahan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply