[KOMENTAR] MATHIEU FLAMINI BAKAL KEMBALI KE ARSENAL?

Mathieu Flamini dan Arsene WengerPemain tengah Perancis, Mathieu Flamini memberi bayangan bakal kembali ke England dengan menjalani latihan bersama Arsenal. Pemain versetail berusia 29 tahun itu menghabiskan 5 musim bersama AC Milan. Kini, Flamini berstatus agen bebas dan sedang mencari kelab baru untuk menerusi karier selaku pemain bola sepak professional selepas mencapai persetujuan untuk menamatkan kontrak dengan The Rossoneri.

Flamini yang dilahirkan pada 7 Mac 1984 telah memulakan karier awal bersama akademi bola sepak tempatan, Marseille sebelum mendapat debut dalam skuad utama pada 20 Disember 2003 ketika menentang Toulouse. Pada 23 Julai 2004, pemain tengah Perancis ini menolak kontrak jangka masa panjang daripada Marseille dengan menyertai Arsenal. Pada musim pertama bersama The Gunners, Flamini berjaya menjulang Perisai Komuniti 2004 dan Piala FA pada 2004/05.

Pemergian Patrick Vieira dan Ashley Cole menyaksikan Flamini menjadi pilihan untuk disenaraikan dalam skuad utama Arsenal. Sepanjang bersama The Gunners, pemain berusia 29 tahun ini telah melakukan 153 penampilan dengan menjaringkan 8 gol sebelum meninggalkan Arsenal untuk menyertai AC Milan secara percuma pada musim panas 2008. Kecederaan lutut serius yang dialami olehnya pada musim pertamanya menyaksikan Flamini gagal menyerlah di Serie A.

Musim lalu, karier Flamini bersama The Rossoneri hanya beraksi dalam 18 perlawanan dan 3 kali selaku pemain gantian sebelum mencapai persetujuan bersama untuk menamatkan kontraknya bersama AC Milan. Bulan lalu, pemain kelahiran Perancis mengakui dirinya itu lebih cenderung untuk kembali ke England.

“Milan menawarkan kontrak dua tahun kepada saya tetapi saya memerlukan masa untuk saya mebuat keputusan yang tepat,” kata Flamini kepada The Sun UK.

“Saya suda lima tahun berada di Itali, saya telah menlalui detik-detik yang hebat serta banyak belajar tetapi saya merindui England dan mahu memenangi Liga Perdana Inggeris.”

“Ia merupakan tempat istmewa di hati saya. Saya menyukai corak permainan dan fizikaliti bola sepak Inggeris serta corak permainan yang terbuka.”

This entry was posted in Komentar and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply