[HOKI] IMPIAN MALAYSIA KE PIALA DUNIA 2014 TERCAPAI

Malaysia-naib-juara-Piala-Azlan-Shah-Cup-2013Meskipun saingan Kejohanan Hoki Piala Asia 2014 belum bermula namun Malaysia berjaya mengesah tiket ke Piala Dunia 2014 yang bakal berlangsung di The Hague, Belanda di sebalik kegagalan Ireland melayakan diri ke separuh akhir Kejohanan Hoki Eropah TriFinance 2013 yang berlangsung dari 17 Ogos hingga 25 Ogos 2013. Ireland menjadi pasukan terakhir yang mampu mencuri slot ke Piala Dunia 2014 selepas Poland dan Republik Czech sudah tersingkir.

Malaysia kini hanya menunggu pengumuman rasmi dari Persekutuan Hoki Dunia (FIH) selepas semua kejohanan hoki benua menutup saingan masing-masing. Skuad hoki negara berada dalam senarai menunggu ketiga selepas Korea Selatan dan Sepanyol. mEngikut format Persekutuan Hoki Dunia (FIH), sekiranya pasukan yang layak menerusi pertandingan Liga Hoki Dunia baru-baru ini menjuarai kejohanan benua masing-masing, slot itu akan diberikan berdasarkan urutan ranking Liga Hoki Dunia.

Sebelum kejohanan mengikut benua bermula, Belgium, Australia, New Zealand, Jerman, Argentina dan England telah layak termasuk Belanda selaku tuan rumah manakala Korea Selatan yang menduduki tempat keempat di Kuala Lumpur berada dalam senarai menunggu pertama diikuti dua pasukan di tangga kelima, Sepanyol dan Malaysia.

Selepas kejohanan Piala Pan American melabuhkan tirainya pada 17 Ogos lalu, Argentina yang telah pun layak muncul juara selepas menewaskan Kanada 4-0 pada perlawanan akhir sekaligus mengesahkan tempat buat Korea Selatan yang menjadi senarai menunggu pertama. Sepanyol pula bakal layak menerusi tiket juara Eropah selepas England, Jerman, Belgium dan Belanda mara ke separuh akhir Kejohanan Hoki Eropah 2013.

Malaysia pula sudah pasti tersenyum menantikan keputusan Kejohanan Hoki Oceania yang hanya disertai empat negara di mana bakal berlangsung dari 28 Oktober hingga 3 November nanti. Namun, kejuaranan sudah pasti menjadi milik samada Australia atau New Zealand yang terlalu gagah buat Papua New Guinea (ranking 69 dunia) dan Samoa (ranking 72 dunia). Dan seandainya skuad negara menjuarai Piala Asia yang akan berlangsung pada 24 hingga 1 September nanti, India akan menjadi pasukan terakhir layak dalam senarai menunggu.

malaysia_football_supportersMeskipun secara matematiknya Malaysia sudah melayakan diri ke Piala Dunia Hoki 2014 namun skuad negara tetap memberi fokus kepada Kejohanan Piala Asia 2014 yang bakal berlangsung di Stadium Azlan Shah, Ipoh nanti dengan bakal menurunkan skuad yang mantap. Skuad bimbingan Paul Revington berusaha untuk membawa Kejuaraan Piala Asia pertama ke bumi Malaysia dengan pencapaian terbaik berada di tempat ketiga pada edisi 2007.

“Sebenarnya kami tidak mahu terlalu memikirkan sangat mengenai kejohanan lain selain Piala Asia. Apa saja keputusan yang berlaku ia tidak mengubah matlamat kami untuk memenangi Piala Asia kerana belum pernah memenanginya,” kata pengurus pasukan George Koshy.

Pengendali skuad hoki negara, Paul Revington turut senada dengan George sambil berkata, “Fokus kami tetap kepada Piala Asia dan cuba untuk memenanginya.”

Incoming search terms:

  • ranking hoki dunia
  • malaysia layak ke piala dunia hoki
  • jadual hoki piala dunia 2014
This entry was posted in Hoki and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply