[CORETAN] URUSAN SAYA MASIH BELUM SELESAI – FLAMINI

Mathieu-Flamini-Arsenal-2008Mathieu Flamini telah melengkapkan kepulangan semula ke Stadium Emirates selepas 5 tahun meninggalkan Arsenal pada musim panas 2008. Pemain versetail berusia 29 tahun mengakui dirinya masih mempunyai urusan yang belum selesai bersama The Gunners serta tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya selepas kembali menyertai Arsenal. Flamini menyertai Arsenal secara percuma selepas kontraknya bersama AC Milan tamat pada Jun lalu.

Pemain tengah kelahiran Perancis menghabiskan tempoh 4 tahun dari 2004 hingga 2008 selepas melengkapkan perpindahan pada Marseille pada 24 Julai 2004 dengan melakukan 153 penampilan bersama The Gunners. Mathieu Flamini dijangka akan melakukan kemunculan semula bersama Arsenal dalam perlawanan North London Derby hujung minggu ini menentang Tottenham Hotspurs.

“Saya sangat gembira dapat kembali ke Arsenal. Saya masih mempunyai urusan yang masih selesai dengan Arsenal, jadi ia satu perasan hebat dapat kembali (ke Stadium Emirates),” kata Flamini kepada Arsenal Player.

Mathieu Flamini dan Arsene Wenger“Urusan yang masih belum sehelai kerana saya mempunyai beberapa peluang untuk menjulang trofi sebelum ini (bersama Arsenal) tetapi tidak berjaya. Saya masih teringat mengenai perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah 2006 dan musim 2007/08 di mana kami hampir menjulang kejuaraan.”

“Saya berasa sangat bagus, saya sudah menjalani latihan selama tiga minggu bersama jurulatih kecergasan, Tony Colbert. Jadi, saya sedia untuk bersaing dalam Arsenal terutama untuk perlawanan Ahad ini.”

“Itu merupakan perlawanan derby (menentang Spurs), semua orang tahun betapa pentingnya perlawanan ini. Kami harus menang dan kami sudah bersedia untuk menghadapinya,” kata pemain berusia 29 tahun itu lagi.

This entry was posted in Coretan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply