[CORETAN] SAYA MASIH SAYANGKAN ARSENAL – EBOUE

Emmanuel-Eboue-still-love-ArsenalEmmanuel Eboue mengakui dirinya masih menyayangi Arsenal dan tidak sabar untuk kembali ke Stadium Emirates hujung minggu dalam saingan Piala Emirates 2013. Pertahanan antarabangsa Ivory Coast itu telah tiba di utara London pada 2 Januari 2005 dari kelab Belgium, Beveren secara percuma. Eboue menghabiskan tempoh 6 tahun bersama The Gunners sebelum menyertai kelab gergasi Turki, Galatasaray pada 16 Ogos 2011 denga yuran perpindahan bernilai €3.5 juta.

Sepanjang bersama Arsenal, bek kiri berusia 30 tahun itu telah melakukan 214 penampilan bersama The Gunners serta menjaringkan 10 gol menghasilkan 25 assist. Meskipun sudah 2 tahun meninggalkan Stadium Emirates, Emmanuel Eboue mengakui dirinya masih menyayangi dan mengikuti perkembangan Arsenal.

“Saya masih berhubung beberapa rakan dengan kerap – Bacary Sagna dan Abou Diaby dan kadang kala Arsene Wenger juga,” kata Eboue baru-baru ini.

“Saya sentiasa mengikut berita mengenai kelab ini dan saya merupakan penyokong setia mereka (Arsenal). Saya kini merupakan pemain Galatasaray tetapi saya masih menyayangi Arsenal dan menonton perlawanan mereka.”

“Kelab telah melakukan perkara yang baik dan saya tidak pernah menghadapi masalah daripada sesiapa di sana. Hari yang buruk saya hanya ketika menentang Wigan Athletic tetapi itu sesuatu yang harus saya hadapi sebagai seorang pemain bola sepak.”

“Saya tidak akan melupakan melupakan Arsenal atau penyokong-penyokong di sana dan saya tidak sabar untuk bertemu dengan mereka kembali.”

“Saya sangat teruja (menghadapi saingan Piala Emirates). Saya sedang bercuti ketika saya mengetahui berita ini – salah seorang rakan saya memberitahu dengan berkata : ‘Manu, kamu tahu ke tidak yang kita akan beraksi dalam saingan Piala Emirates menentang Arsenal?”

“Saya hampir tidak mempercayainya. Saya tidak sabar untuk berjumpa dengan bekas rakan-rakan sepasukan saya, staf dan sudah tentu penyokong-penyokong. Mereka telah memberi layanan yang baik dan saya telah melalui pengalaman yang hebat di sana,” kata pertahanan Ivory Coast itu lagi.

This entry was posted in Coretan and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply