[BULETIN] MARSEILLE, DORTMUND DAN NAPOLI HALANGAN ARSENAL

Champion-League-Group-F-2013-14Arsenal bakal berdepan laluan sukar dalam saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah apabila diundi dalam kumpulan F bersama-sama Borrusia Dortmund, Napoli dan Marseille. Dalam sesi undian yang dilakukan semalam di Grimaldi Forum, The Gunners terus menjadi pasukan pilihan apabila diletakkan dalam balang satu. Arsenal meneruskan rekod cemerlang apabila melayakkan diri ke saingan peringkat kumpulan untuk musim ke-16 berturut-turut selepas mengenepikan cabaran Fenerbahce 5-0 pada aksi play-off.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengakui bahawa skuad bimbingannya bakal berdepan laluan sukar namun teruja untuk memulakan aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah musim ini. Dua musim lalu, Arsenal turut diundi bersama-sama Marseille dan Borussia Dortmund. Wenger mengakui pasukannya sudah bersedia sepenuhnya bagi menghadapi saingan musim ini.

“Ia (undian) sememangnya sukar tetapi menarik untuk disaksikan kerana kesemua pasukan berada di tahap terbaik,” kata Wenger menerusi laman rasmi arsenal.com.

“Kami telah beraksi menentang Dortmund dua tahun lalu. Kami juga beraksi baik menentang mereka dan juga berjaya menewaskan Napoli Ogos lalu.”

“kami juga beraksi baik menentang Marseille dua tahun lalu. Ini hampir serupa dengan kumpulan yang hadapi dua tahun lalu.”

“Setiap perlawanan sangat penting kerana kami tidak boleh kehilangan mata atau gol di tempat lawan,” kata pengurus berbangsa Perancis itu lagi.

JADUAL PERLAWANAN LIGA JUARA-JUARA EROPAH (ARSENAL)

KUMPULAN F

Perlawanan 1 – Marseille vs Arsenal
19 Sept 2013 / 2.45 pagi (waktu Malaysia)
Stade Velodrome, Marseille

Perlawanan 2 – Arsenal vs Napoli
2 Okt 2013 / 2.45 pagi (waktu Malaysia)
Stadium Emirates, London

Perlawanan 3 – Arsenal vs Borussia Dortmund
23 Okt 2013 / 2.45 pagi (waktu Malaysia)
Stadium Emirates, London

Perlawanan 4 – Borussia Dortmund vs Arsenal
7 Nov 2013 / 2.45 pagi (waktu Malaysia)
Signal Iduna Park, Dortmund

Perlawanan 5 – Arsenal vs Marseille
27 Nov 2013 / 2.45 pagi (waktu Malaysia)
Stadium Emirates, London

Perlawanan 6 – Napoli vs Arsenal
11 Dis 2013 / 2.45 pagi (waktu Malaysia)
Stadio San Paolo, Naples

This entry was posted in Buletin and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply