[BULETIN] KRISTOPHER DA GRACA SERTAI THE GUNNERS

Kristopher-Da-Graca-SwedishArsenal berjaya mendapatkan pertahanan muda Sweden, Kristopher Da Graca selepas cemerlang menjalani ujian percubaan di London Colney sekaligus mengikuti jejak rakan senegara, Jamal Raage yang menyertai The Gunners pada Jun lalu. Terdahulu, pemain berusia 15 tahun beraksi bersama kelab yang berpangkalan di Gothenburg, Hisingsangen Backa FC turut menjalani sesi ujian bersama Chelsea, Tottenham Hotspurs, Aston Villa dan Malmo.

Meskipun menghabiskan tempoh ujian singkat di London Colney, Da Graca sedia untuk menyertai Arsenal secara tetap walaupun gagal mendapat penajaan sehingga musim panas depan kerana dilahirkan pada Jun 1998. Pemain muda Sweden melahirkan rasa gembiranya lantaran dapat menyertai Arsenal secara tetap dengan berkata, ” Ini cukup menakjubkan, impian yang menjadi kenyataan. Saya tidak dapat menujuk betapa terujanya saya apabila mendapat tahu khabar ini.”

Kristopher Da Graca in ArsenalDa Graca beraksi selaku pertahanan tengah namun mampu beraksi baik di posisi denfensive midfielder dan dilihat tidak menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan bola sepak Inggeris yang sedikit perlahan. Dia bakal bermula dalam skuad Arsenal B-16 dan kemungkinan akan diserap ke dalam skuad B-18.

This entry was posted in Buletin and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply