[BULETIN] KRISIS KECEDERAAN MULA MELANDA KEM ARSENAL

arsene-wenger-injury-crisis-2013Meskipun saingan Liga Perdana Inggeris 2013/14 bakal bermula Sabtu ini, namun Arsenal sudah dihimpit dengan masalah kecederaan beberapa pemain-pemain utama. The Gunners akan menanti kunjungan Aston Villa di Stadium Emirates pukul 10.00 malam esok (waktu Malaysia). Sementara itu, Arsene Wenger terus menerima pelbagai kritikan demi kritikan daripada segelintir penyokong Arsenal lantaran gagal membawa masuk pemain baru bagi menghadapi cabaran musim baru.

Setakat ini, Arsenal hanya menandatangani Yaya Sanogo dari Auxerre selain melepaskan 17 pemain termasuk Andrey Arshavin, Marouane Chamakh, Gervinho, Andre Santos, Denilson, Sebastian Squillaci dan Vito Mannone. Di samping itu, beberapa pemain-pemain muda berbakat turut dipinjamkan ke kelab luar termasuk Johan Djourou (Hamburg), Francis Coquelin (Freiburg), Joel Campbell (Olympiacos), Chuks Aneke (Crewe Alexandra) dan Ignasi Miquel (Leicester City).Menjelang sepak mula Liga Perdana Inggeris menentang Aston Villa esok, Arsene Wenger sudah terlepas khidmat Thomas Vermaelen dan Nacho Monreal yang mengalami kecederaan belakang yang dijangka kembali dalam tempoh 4 minggu lagi. Namun, Arsenal turut berdepan kemungkinan kehilangan tonggak tengah, Mikel Arteta yang dihimpit kecederaan paha. Pemain tengah kelahiran Sepanyol berusia 32 tahun itu bakal menjalani pemeriksaan lanjut hari ini.

Sementara itu, bek kanan Arsenal, Bacary Sagna dan Aaron Ramsey pula berada dalam keraguan selepas dihimpit masalah kecederaan buku lali. Theo Walcott pula dilaporkan mengalami kecederaan betis ketika beraksi bersama skuad kebangsaan England menentang Scotland pada Rabu lalu dan dikeluarkan pada minit ke-75. Santi Cazorla dan Tomas Rosicky pula dijangkan tidak dapat diturunkan menentang Aston Villa kerana mengalami masalah kecergasan.

Situasi ini pasti akan memeningkan kepala Arsene Wenger dalam merencana strategi terbaik untuk meraih mata sulung sebagai pembakar semangat untuk menghadapi saingan musim baru ini. Namun, khabar positif dari pemain tengah Perancis, Abou Diaby yang berehat panjang selepas menjalani pembedahan pemulihan ACL dan dijangka kembali pada hujung tahun ini manakala pemain muda Jepun, Ryo Miyaichi pula bakal berehat untuk tempoh 2 minggu lagi.

This entry was posted in Buletin and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply