[BULETIN] ARSENAL MASIH PASUKAN PILIHAN DI PENTAS EROPAH

champion-league-2013-14-drawMeskipun gagal menjulang kejuaraan sejak 8 musim yang lalu serta terpaksa beraksi dalam perlawanan playoff Liga Juara-Juara Eropah lantaran menamatkan saingan liga di kedudukan ke-4 namun Arsenal berjaya mengekalkan reputasi selaku pasukan pilihan bagi musim 2013/14. Skuad bimbingan Arsene Wenger berjaya meloloskan diri ke saingan Liga Juara-Juara Eropah selepas mengenepikan cabaran Fenerbahce dengan keputusan aggregate 5-0.

The Gunners diletakkan dalam balang 1 untuk sesi undian Liga Juara-Juara Eropah yang bakal berlangsung Grimaldi Forum, Monaco tengah malam ini (waktu Malaysia). Selain Arsenal, juara bertahan, Bayern Munich turut berada dalam balang pertama bersama-sama Manchester United, Chelsea, Barcelona, Real Madrid, Benfica dan FC Porto. Namun, beberapa pasukan bekas juara lima kali, AC Milan dan juara Serie A musim lalu, Juventus tercicir dari senarai pasukan pilihan.

Musim lalu, Arsenal tersingkir pada pusingan kedua Liga Juara-Juara Eropah meskipun terikat 3-3 namun tewas berdasarkan peraturan gol di tempat lawan kepada Bayern Munich. Pemilihan Arsenal dalam senarai pasukan pilihan sedikit sebanyak berjaya menepis persepsi negatif pemerhati bola sepak terhadap kemampuan skuad bimbingan Arsene Wenger dalam saingan tertinggi pentas Eropah.

Sementara itu, dalam saingan Piala Capital One pusingan ketiga, Arsenal diundi bertemu West Bromwich Albion di tempat lawan yang bakal berlangsung pada 24 atau 25 September ini. The Gunners tampil lebih bersemangat untuk menebus kekecewaan tersingkir di suku akhir selepas tewas dalam penentuan penalti 2-3 kepada Bradford pada suku akhir musim lalu.

This entry was posted in Buletin and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply