[BERITA] MALAYSIA TERIMA SENTUHAN BAYERN MUNICH

Lim-Teong-Kim-Pengarah-Projek-Bola-Sepak-MalaysiaLim Teong Kim dilantik sebagai Pengarah Projek Bola Sepak Malaysia berkuatkuasa November ini dengan menandatangani kontrak selama 5 tahun. Pengumuman itu telah dilakukan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin yang juga pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bolasepak Malaysia. Anak kelahiran Melaka itu pernah berkhidmat sebagai pengarah pembangunan bola sepak Bayern Munich dari 2001 hingga 2011.

Bekas pemain bola sepak negara berusia 49 tahun itu pernah membantu Malaysia merangkul pingat emas di Sukan Sea ke-15 pada 1989. Lim Teong Kim juga merupakan individu yang mengilap bakat-bakat bintang Bayern Munich termasuk Thomas Muller, David Alaba, Toni Kroos dan ramai lagi. Perlantikan Teong Kim dilihat sebagai pilihan tepat dengan reputasi dan pengalaman luas bersama kelab gergasi Jerman itu.

‚ÄúTeong Kim akan dilantik sebagai Pengarah Projek dan bukannya Pengarah Teknikal seperti yang digembar gemburkan sebelum ini. Beliau akan nmenggantikan Lim Kim Chon yang juga abangnya sendiri yang menerima tugasan bersama FIFA,” kata YB Khairy dalam sidang media semalam.

“Tugas tersebut adalah lebih besar dariLim-Teong-Kim-kejurulatihan-Malaysia pengarah teknikal kerana beliau tanggungjawab bagi semua program pembangunan bolasepak negara termasuk program Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) selain bekerjasaa dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).”

“Saya tak mahu libatkan sasaran seperti layak ke Piala Dunia atau sebagainya kerana yang paling penting adalah membetulkan asas diperingkat akar umbi dahulu kerana dalam apa-apa bidang sekalipun, asas atau tapak adalah perkara yang paling mustahak.”

Namun, YB Khairy Jamaluddin tidak mahu meletakkan sasaran tinggi untuk Malaysia ke Piala Dunia 2018 kerana ini merupakan satu perancangan jangka masa panjang untuk pembangunan bola sepak Malaysia.

Bagi Teong Kim pula, beliau tahu cabaran besar menantinya dalam menguruskan tanggungjawab ini namun yakin bolasepak Malaysia akan menuju ke arah yang tepat selepas ini.

“Saya gemarkan cabaran. Saya mahu membawa bolasepak Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi lagi,” kata anak kelahiran Melaka itu.

“Tugas saya yang paling utama ialah memilih sistem yang paling berkesan untuk memastikan kita mempunyai tapak yang kukuh selain memastikan jurulatih-jurulatih diperingkat bawahan ini mempunyai kepakaran yang secukupnya,” kata Teong Kim lagi yang pernah bermain bersama Hertha Berlin di Jerman serta Grazer AK di Austria.

This entry was posted in Berita and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply