[SEJARAH] 1970 – KEJUARAAN PERTAMA ARSENAL SELEPAS 17 TAHUN

Arsenal juara Piala Inter Cities Fair 1970Kemarau 17 tahun tanpa kejuaraan cukup lama bagi Arsenal. Skuad bimbingan Bertie Mie akhirnya berjaya menamatkan penantian seluruh pasukan dan peminat-peminat The Gunners untuk meraih kejuaraan pertama selepas kali terakhir menjulang kejuaraan Liga Divisyen 1 pada musim 1952/53. Kejayaan menjulang Piala Inter-Cities Fairs (kini dikenali sebagai Piala Europa) pada tahun 1970 berjaya menghadirkan senyum di wajah penyokong setia Arsenal.

Namun, penjuangan The Gunners untuk mara ke perlawanan tidak semudah yang disangka. Skuad bimbingan Bertie Mie memulakan perjalanan penuh ranjau dengan menewaskan kelab dari Ireland Utara, Glentoran FC 3-1 pada pusingan pertama diikuti dengan menyingkirkan kelab Portugal, Sporting Lisbon 3-0 secara aggregate pada pusingan kedua. Pada aksi pusingan ketiga, Arsenal menghadapi tentangan sengit daripada kelab Perancis FC Rouen apabila diikat seri 0-0 di Stade Robert Diochon sebelum menang tipis 1-0 di Highbury.

Arsenal kembali gah apabila mencipta kemenangan besar menewaskan kelab Romania, Dinamo Bacau 9-1 di peringkat suku akhir. Pada aksi separuh akhir, The Gunners dipertemukan dengan kelab gergasi Belanda, Ajax Armsterdam. Anak-anak buah Bertie Mie menggunakan kesempatan beraksi di laman sendiri dengan mencatatkan kemenangan 3-0 namun tewas 0-1 di Stadium Olimpik Armsterdam. Arsenal mara ke perlawanan akhir dengan aggregate 3-1 untuk bertemu dengan Anderlecht.

Pada perlawanan akhir pertama, Arsenal tampak bakal melebarkan kemarau kejuaraan untuk musim ke-18 ekoran kekalahan 1-3 kepada Anderlecht di Stadium Constant Vanden Stock menerusi jaringan Johan Devrindt (min-25) dan Jan Mulder (min-30 dan 74) sebelum Ray Kennedy merapat jurang aggregate pada minit ke-82. Namun, semangat The Gunners tidak mudah patah menyerah kalah sebaliknya bangkit melawan sepenuh jiwa.

Berbekalkan sokongan pada penyokong di Highbury serta suntikan moral daripada pengurus pasukan, Bertie Mie, Arsenal memulakan langkah juara dengan mendahului 1-0 menerusi jaringan Eddie Kelley pada minit ke-26. Dua jaringan pantas menerusi John Radford dan Jon Sammels pada minit ke-75 dan 76 mengesahkan kemenangan The Gunners dengan aggregate 4-3. Kejayaan tersebut diraikan penuh riang ria oleh penyokong-penyokong setia Arsenal yang dambakan kejuaraan sejak tahun 1953.

This entry was posted in Sejarah and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply