[PERSPEKTIF] ROONEY MAMPU BERI FEAR FACTOR BUAT ARSENAL

Jack-Wilshere-Wayne-Rooney-EnglandBintang muda Arsenal, Jack Wilshere mengakui bahawa kehadiran Wayne Rooney mampu memberikan ‘fear factors’ terhadap lawan The Gunners. Penyerang anatarabangsa England berusia 27 tahun itu dilaporkan sedang berbincang dengan pengurus baru Man United, David Moyes mengenai masa depannya dan sedang mempertimbangkan perpindahan ke Arsenal, Barcelona, Paris Saint-Germain, Chelsea atau Manchester City.

Terdahulu, Arsenal baru melengkapkan perpindahan penyerang muda Perancis, Yaya Sanogo secara percuma selepas kontrak pemain berusia 20 tahun bersama Auxerre tamat hujung Jun lalu. Arsene Wenger diberikan dana besar dalam usaha membina skuad yang mantap bagi menamatkan kemarau kejuaraan sejak 8 musim yang lalu. Namun, Wilshere berharap rakan sepasukan dalam skuad kebangsaan England itu bakal menyertai Arsenal pada musim panas ini.

wayne-rooney-arsenal-vs-man-united-apr-2013“Jika ia terjadi (perpindahan Rooney ke Arsenal), itu merupakan sesuatu yang hebat,” kata Wilshere kepada The Sun Uk.

“Dengan hanya meletakan namanya (Rooney) dalam pasukan akan menghadirkan ketakutan kepada pihak lawan.Kami harus melakukan lebih daripada itu.”

Selain Rooney, The Gunners turut dikaitkan dengan beberapa nama-nama besar yang lain termasuk Gonzalo Higuain, Marouane Fellaini, Ashley Williams dan ramai lagi. Meskipun kehadiran pemain-pemain ini bakal memberi bebanan kewangan kepada Arsenal namun Wilshere percaya ini merupakan penyelesaian terbaik untuk meraih kejuaraan sejak kali terakhir The Gunners menjulang Piala FA pada 2005.

“Kami (Arsenal) memerlukan pemain-pemain yang memiliki kualiti seperti Higuain, kami berusaha untuk menandatangani mereka dan berusaha untuk mempengaruhi mereka. Kami perlu melakukan lebih lagi,” kata pemain muda England itu lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply