[PERSPEKTIF] KESTABILAN BERI KELEBIHAN BUAT KAMI – WENGER

Arsene-Wenger-Arsenal-Asia-Tour-2013Arsene Wenger percaya bahawa kestabilan yang dimiliki oleh Arsenal dapat membantu mereka mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim depan. Perubahan besar dalam pengurusan tiga pencabar utama dengan persaraan Alex Ferguson di Man United serta pengunduran Rafael Benitez dari Chelsea dan pemecatan Roberto Mancini oleh Manchester City bakal memberi impak kepada saingan Liga Perdana Inggeris musim depan.

Chelsea bakal kembali dibimbing oleh bekas pengurus, Jose Mourinho yang kembali membimbing The Blues selepas meninggalkan Stamford Bridge pada tahun 2007. Manchester United pula bakal dikemudi oleh bekas pengurus Everton, David Moyes sementara Manchester City pula bakal mendapat khidmat bekas pengurus Malaga CF, Manuel Pellegrini. Persaraan Ferguson menyaksikan Arsene Wenger tampil selaku pengurus yang paling lama berkhidmat dalam saingan Liga Perdana Inggeris ketika ini.

“Pencabar kami telah menukar pengurus masing-masing,” kata Wenger kepada wartawan di Jakarta baru-baru ini sempena Arsenal Asia Tour 2013.

“Chelsea, Manchester City dan Manchester United, ini merupakan kali pertama. Pastinya saingan lebih terbuka berbanding sebelum ini. Kita tidak tahu.”

Arsenal+v+Southampton++Premier+League“Saya rasa saingan akan lebih terbuka bukan kerana siapa yang berada di bangku simpanan tetapi yang paling penting adalah pemain-pemain yang berada di atas padang. Chelsea dan United tidak melakukan banyak perubahan tetapi City merombak skuad musim depan. Terdapat banyak cabaran bakal menanti.”

“Kami berharap dapat menggunakan kelebihan (kestabilan yang dimiliki) tetapi juga berharap dapat membuktikannya di atas padang. United memiliki kestabilan terbaik, City berada di tahap terbaik di Mancini sepanjang 3 tahun yang lalu.”

Meskipun musim lalu Arsenal gagal menamatkan kemarau kejuaraan sejak 8 musim yang lalu namun Wenger optimis The Gunners bakal kembali mencabar kejuaraan musim depan. Arsenal berjaya menamatkan saingan musim lalu di tempat ke-4 liga di belakang United, City dan Chelsea. Namun, pengendali berbangsa Perancis itu positif kerana Arsenal menamatkan 11 perlawanan terakhir liga musim lalu dengan rekod tanpa kalah dan berharap dapat meneruskan momentum itu musim ini.

“Kami mempunyai satu perkara yang kami cipta dalam usaha untuk mendapatkan momentum pada penghujung musim lalu dan berharap dapat meneruskannya pada musim baru ini,” kata Wenger lagi.

“Adakah kami mampu melakukannya? Pastinya, di mana kami akan menentukan sejauh mana kami mampu bersaing dalam Liga Perdana – itu merupakan sasaran utama kami.”

“Sasaran kedua kami ialah untuk membawa masuk pemain dan mengukuhkan skuad. Saya menjangkakannya tetapi saya tidak tahu kerana kami belum melakukannya (perpindahan pemain),” kata pengendali berusia 63 tahun itu.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply