[PERSPEKTIF] ARSENE WENGER GEMBIRA KEMBALI KE JEPUN

Arsene-Wenger-and-Dragan-Stojkovic-2013Kepulangan semula Arsene Wenger ke Jepun sempena jelajah pra-musim Arsenal Asia Tour 2013 kembali mengamit memori silam apabila dijadualkan bertemu dengan bekas kelab yang pernah dibimbingnya, Nagoya Grampus esok. Pengurus berbangsa Perancis itu pernah membimbing yang berpangkalan di Nagoya dari Januari 1995 hingga September 1996 dengan membantu meraih Piala Maharaja 1995 dan Piala Super J-League 1996.

Arsene Wenger turut berdepan dengan bekas kapten Yugoslavia, Dragan Stojkovic yang merupakan bekas pembantunya sepanjang 18 bulan membimbing Nagoya Grampus. Dalam kunjungan pertama Wenger sejak meninggalkan Jepun untuk mengambil alih kelab utara London pada Oktober 1996, pengurus Arsenal itu melahirkan rasa teruja dan gembira untuk bertemu dengan kelab yang pernah dibimbingnya.

“Saya selalu menganggap individu (Stojkovic) yang pernah berkerja dengan saya boleh menjadi pengurus,” kata Wenger pada sidang media menjelang perlawanan di Stadium Toyota yang terletak di luar Nagoya.

Pengurs berusia 63 tahun turut akur jurulatih kelahiran Serbia itu berpotensi mengganti tugasnya. Bagaimanapun, Wenger mengakui belum bersedia untuk mengikut jejak bekas rakan sejawatnya di Man United, Alex Ferguson yang mengumumkan persaraan pada Mei lalu dan menyerahkan kepada lembaga pengarah Arsenal untuk membuat keputusan. Media-media di British menamakan Dragan Stojkovic sebagai antara calon pilihan untuk mengantikan Wenger andai pengurus berbangsa Perancis itu meninggalkan Arsenal.

Sementara itu, Dragan Stojkovic menegaskan dirinya menghormati Arsenal dan hampir setiap tahun terbang ke London untuk menyaksikan gergasi Liga Perdana Inggeris itu berlatih. Jurulatih kelahiran Serbia yang merupakan bekas orang kanan Wenger dengan nada jenaka mengakui belum sampai masanya untuk pengurus berbangsa Perancis itu bersara dengan berkata, “Tunggulah 10 tahun lagi.”

Arsene Wenger dianugerahkan pengurus terbaik J-League ketika membantu Nagoya Grampus menjulang 2 kejuaraan dan membantu muncul naib juara liga pada musim 1995/96, kedudukan terbaik kelab itu hingga 2010 sebelum Stojkovic membimbing untuk menjuarai gelaran pertama J-League buat Nagoya Grampus. Terdahulu, The Gunners telah mengharungi dua perlawanan sempena jelajah pra-musim dengan membelasah Indonesia Dream Team 7-0 dan skuad kebangsaan Vietnam, 7-1.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply