[PERSPEKTIF] ARSENAL PERLUKAN PEMAIN BERKUALITI – GRAHAM

george-graham_trophy_1989George Graham berpendapat bahawa The Gunners perlu berbelanja besar untuk mendapatkan pemain-pemain berkualiti seperti Gonzalo Higuain, Luis Suarez, Marouane Fellaini dan sebagainya. Bekas pengurus Arsenal berusia 67 tahun itu mengakui bahawa pemain-pemain bintang seperti Higuain dan Suarez sangat penting untuk membantu Arsenal meraih kejuaraan musim depan.

Arsenal dilaporkan bakal mengemukakan bidaan baru sebanyak £35 juta untuk penyerang Liverpool itu selain tawaran £25 juta untuk penyerang Real Madrid, Gonzalo Higuain. The Gunners turut dikaitkan dengan pemain tengah Everton, Marouane Fellaini dan penyerang Manchester United, Wayne Rooney. Setakat ini, Arsenal hanya menandatangani penyerang muda Perancis yang beraksi dalam Kejohanan Piala Dunia B-21, Yaya Sanogo.

George Graham memulakan karier bersama The Gunners sebagai pemain pada tahun 1964 hingga 1972 dengan melakukan 227 penampilan dan menjulang Piala Inter-Cities Fair pada 1970 dan kejuaraan berganda 1970/71. Bekas penyerang Arsenal ini kembali ke Highbury selaku pengurus pada Mac 1986 dengan membantu menjulang 2 kejuaraan liga, 2 kejuaraan Piala Liga, satu kejuaraan Piala FA, satu Perisai Komuniti dan satu kejuaraan Piala Eropah UEFA.

“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Arsenal belum merangkul trofi dan telah menghabiskan dana yang banyak untuk membina stadium baru. Kini, sudah tiba masanya untuk (Arsenal) membeli pemain-pemain yang berkualiti,” kata Graham kepada TalkSPORT.

“Mereka (Arsenal) memerlukan tiga atau empat pemain yang berkualiti yang dapat mengisi dalam kesebelasan utama. Kini, mereka mempunyai banyak wang, jadi jendela perpindahan ini sangat penting bagi Arsene Wenger.”

“Mereka juga perlu mendapatkan penjaga gol kedua yang berpengalaman serta pemain pertahanan yang kental seterusnya seorang pemain defensive midifielder dan penyerang yang berkualiti.”

Meskipun sering dipalit dengan kontroversi dan masalah disiplin namun George Graham mengalu-alukan kehadiran Luis Suarez andai Arsenal berjaya melengkapkan perpindahan penyerang Liverpool itu. Penyerang kelahiran Uruguay berusia 26 tahun itu bakal mengharung baki 6 perlawanan selepas dijatuhkan hukuman pengantungan 10 perlawanan kerana menggigit pertahanan Chelsea, Branislav Ivanovic.

“Walaupun Suarez merupakan penyerang yang mempunyai banyak kontroversi, beliau masih merupakan penyerang yang handal. Suarez adalah antara penyerang terbaik di Eropah. Jika beliau datang ke Arsenal beliau akan menjaringkan banyak gol,” kata Graham lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply