[PERSPEKTIF] ARSENAL HANYA PERLUKAN SATU TROFI – WILSHERE

jack-wilshere-the-gunners-2012Arsenal kini dihimpit kemarau kejuaraan sejak 8 tahun yang lalu di mana kali terakhir menjulang Piala FA pada tahun 2005. Bintang muda Arsenal, Jack Wilshere mengakui bahawa pemain-pemain Arsenal kini bersemangat untuk meraih kejuaraan pertama musim depan. Meskipun gagal meraih kejuaraan namun The Gunners terus berada dalam kelompok empat pasukan terbaik Liga Perdana Inggeris dengan berjaya beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah berturut-turut sejak 16 musim yang lalu.

Jack Wilshere yang pernah merangkul kejuaraan Liga Perdana Akademi dan Piala FA Belia bersama skuad remaja Arsenal mengakui dirinya sudah tidak sabar mahu menjulang piala bersama The Gunners dengan trofi Liga Juara-Juara Eropah menjadi keutamaannya. Pemain berusia 21 tahun itu mengakui musim depan merupakan masa terbaik untuk menamat kemarau kejuaraan yang dialami Arsenal sejak berhijrah ke Stadium Emirates.

“Bukan rahsia lagi di mana kami mahu memenangi trofi. Sudah berapa lama kami tidak meraihnya, tujuh atau lapan tahun yang lalu,” kata Wilshere kepada Sky Sports.

Jack-Wilshere-disappointed-lost-to-Man-City“Pemain-pemain (Arsenal) merasai tekanannya dan kami beberapa hampir (menjulang kejuaraan) seperti Piala Liga beberapa tahun lalu. Saya berpendapat sekali sahaja kami meraih kejuaraan, trofi-trofi yang lain bakal menyusul.”

Kehilangan pemain-pemain utama seperti Cesc Fabregas, Samir Nasri, Robin van Persie, Alex Song, Gael Clichy dan ramai lagi turut merencatkan usaha skuad bimbingan Arsene Wenger untuk menamatkan kemarau kejuaraan. Namun, Jack Wilshere menegaskan bahawa Arsenal memerlukan pemain-pemain berkualiti dalam pasukan untuk memberi impak besar kepada persembahan The Gunners.

“Skuad kami harus menjadi seperti Manchester United atau Manchester City. Mereka mampu mengubah situasi 180 darjah dan mengekalkan kemenangan. United pastinya tidak boleh memenangi Liga Perdana Inggeris dengan hanya 18 pemain sahaja,” kata Wilshere lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply