[PERSPEKTIF] 3 BAKAL KAPTEN ARSENAL MUSIM 2013-2014

van-Persie-Fabregas-Vermaelen-ex-captain-ArsenalBek tengah Arsenal, Thomas Vermaelen telah dilantik sebagai kapten baru The Gunners bagi musim 2012/13 selepas pemergian Robin van Persie ke Manchester United pada Ogos tahun lalu. Ketika itu, pemilihan bek tengah antarabangsa Belgium itu dilihat sebagai keputusan yang tepat lantaran Vermaelen adalah penolong kapten kepada van Persie dan merupakan pilihan popular di kalangan penyokong-penyokong Arsenal ketika itu.

Dengan rakan senegaranya dalam skuad kebangsaan Belgium, Vincent Kompany yang menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris sebagai kapten Manchester City, harapan tinggi disandarkan ke bahu Vermaelen untuk membantu Arsenal menjulang trofi. Walau bagaimanapun, pertahanan berusia 27 tahun itu semakin gagal mendapat tempat dalam kesebelasan utama Arsenal dan sering menghabiskan masa di bangku simpanan musim lalu.

Dengan tanggunjawap baru selaku kapten Arsenal, persembahan Vermaelen tampak sedikit menurun dan tidak konsisten sehingga menjadi pilihan ketiga untuk bek tengah Arsenal terutama pada penghujung saingan musim lalu. Gandingan Laurent Koscielny dan Per Mertesacker tampak lebih kental dan menyerlah dengan hanya melepas 5 gol dalam 10 perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris musim lalu.

Selain dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Stadium Emirates, nama Vermaelen juga tampak tidak lagi menjadi pilihan Arsene Wenger dalam kesebelasan utama The Gunners. Lantaran itu, timbul persoalan adakah Wenger bakal mengekalkan kedudukan Vermaelen selaku skipper Arsenal dan siapakah calon terbaik untuk memakai lilitan armband The Gunners musim depan. Berikut merupakan tiga calon pilihan untuk menjadi kapten Arsenal musim 2012/13.

1-MIKEL ARTETA

Mikel-Arteta-Swansea-City-v-Arsenal-FA-Cup-2013Pemain tengah kelahiran Sepanyol ini merupakan tonggak tengah Arsenal sejak tiba di Arsenal pada 31 Ogos 2011 dari Everton. Kehadiran Arteta pada mulanya untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Cesc Fabregas yang menjadi nadi di bahagian tengah Arsenal. Pemain berusia 31 tahun ini turut memainkan peranan selaku pelindung kepada barisan pertahanan serta memberi inspirasi buat jentera serangan The Gunners.

Sikap, komitmen dan kerja keras yang ditunjukan oleh Arteta menjadi pujaan penyokong-penyokong Arsenal. Pemilihan pemain berusia 31 tahun ini selaku penolong kapten kepada Vermaelen dilihat sebagai satu langkah yang tepat. Meskipun kedudukan Arteta dalam kesebelasan utama Arsenal sedikit terjejas andai Marouane Fellaini menyertai The Gunners, namun pass master Arsenal ini merupakan pilihan terbaik untuk memakai lilitan armband.

2-PER MERTESACKER

per-mertesacker-arsenal-defender-more-betterMeskipun dikritik hebat lantaran gagal beraksi cemerlang pada musim pertama bersama Arsenal namun pertahanan antarabangsa Jerman ini mula mendapat tempat di hati penyokong-penyokong The Gunners. Musim lalu, Per Mertesacker berjaya mewujudkan gandingan mantap bersama Laurent Koscielny dengan mengekalkan rekod tanpa kalah Arsenal dalam 15 perlawanan Liga Perdana Inggeris sepanjang musim lalu.

Pertahanan berusia 28 tahun ini menyertai Arsenal dari Werder Bremen pada 31 Ogos tahun mula menjadi inspirasi buat benteng pertahanan musim ini. Komitmen dan kepimpinan Mertesacker dalam dan di luar padang menjadikannya sebagai antara pemain pilihan untuk menjadi kapten Arsenal. Sepanjang ketiadaan Vermaelen dan Arteta musim ini, Per Mertesacker sudah beberapa kali memakai lilitan armband The Gunners.

3-JACK WILSHERE

jack_wilshere_vs_west_brom_dec-2012Bintang muda Arsenal ini merupakan antara nama yang disebut-sebut sebagai bakal kapten masa depan The Gunners. Meskipun baru berusia 21 tahun, Jack Wilshere telah mengikut jejak langkah Tony Adams dan Cesc Fabregas apabila memakai lilitan armband Arsenal dalam perlawanan West Ham United pada 23 Januari lalu. Malah, Wilshere turut menyatakan impiannya untuk mejadi kapten Arsenal dan England suatu hari nanti.

Berbekalkan sikap, semangat, komitmen dan persembahan mantap sememangnya Wilshere meruapakan antara tonggak masa depan Arsenal yang bakal mewarisi kepimpinan The Gunners. Dengan menandatangani kontrak jangka masa panjang bersama Arsenal pada Disember tahun lalu, produk akademi Hale End ini dilihat sebagai antara calon terbaik untuk menjadi skipper Arsenal. Jika tidak kerana kecederaan serius yang dialami, pastinya sinar karier Wilshere lebih bergemerlapan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • kapten arsenal 2014
  • kesebelasan utama arsenal 2014
  • kebelasan utama arsenal 2014
  • kebelasan pemaian arsenal
  • kapten arsenal
This entry was posted in Perspektif and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Apa Kata Anda?

Leave a Reply