[PERPINDAHAN] YAYA SANOGO SAH MILIK ARSENAL

Penyerang muda Perancis, Yaya Sanogo kini sah menjadi milik Arsenal setelah menandatangani kontrak jangka masa panjang bersama The Gunners. Pemain berusia 20 tahun itu menyertai Arsenal sebagai agen bebas selepas kontraknya bersama Auxerre tamat pada 30 Jun lalu. Yaya Sanogo juga merupakan pengempur utama skuad Perancis dalam Kejohanan Piala Dunia B-20 di Turki dengan berjaya meledak 2 gol dalam 3 perlawanan.

Yaya Sanogo dilahirkan di Massy, Perancis pada 27 Januari 1993 dan memulakan karier awal bola sepak bersama CMS Pantin yang terletak di pinggir kota Paris ketika berusia 7 tahun. Pemain yang berketinggian 1.91m ini kemudiaannya menyertai Auxerre pada 2006 dan berjaya mendapat debut dalam skuad utama pada 26 Januari 2010, sehari sebelum ulang tahun kelahirannya ke-17. Sepanjang bersama Auxerre, Sanogo berjaya menjaringkan 10 gol dalam 24 perlawanan.

Yaya-Sanogo-AuxerrePemain yang memiliki darah campuran Mali-Ivory Coast ini merupakan sebahagian daripada skuad Perancis B-16, B-17, B-19 dan B-20. Kehadiran Sanogo bakal memberi impak positif buat jentera serangan The Gunners sekaligus bakal memberi persaingan buat Olivier Giroud dan Lukas Podolski. Pengurus Arsenal, Arsene Wenger nyata gembira selepas berjaya mendapatkan khidmat pemain muda berusia 20 tahun ini.

“Sanogo merupakan rekrut pemain muda yang bagus untuk kami,” kata Arsene Wenger.

“Dia menunjukkan potensi yang besar berdasarkan persembahannya bersama Auxerre dan juga skuad Perancis B-20. Kami tidak sabar untuk menantikan Yaya menyertai kami dan menjanjikan pembangunan berterusan buat dirinya.”

Sumber : www.arsenal.com

This entry was posted in Perpindahan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply