[PERPINDAHAN] MANNONE, DJOUROU TINGGALKAN ARSENAL

Vito-Mannone-move-to-Sunderland-2013Vito Mannone sah menyertai Sunderland dengan yuran perpindahan yang tidak didedahkan namun dianggarkan berjumlah £2.8 juta. Penjaga gol berusia 25 tahun itu menjadi pilihan Paolo Di Canio dalam usaha membina skuad yang mantap sejak mengantikan Martin O’Neill pada 31 Mac yang lalu. Vito Mannone dilihat bakal menjadi penjaga gol utama The Black Cat selepas pemergian Simon Mignolet yang menyertai Liverpool minggu lalu.

Penjaga gol kelahiran Bresio, Itali itu menyertai Arsenal dari Atalanta pada 2005 namun hanya beraksi sebanyak 23 kali dalam skuad utama The Gunners. Vito Mannone banyak menghabiskan masa di bangku simpanan selain dipinjamkan ke Barnsley (2006/07) dan Hull City (2010-2012). Penjaga gol berusia 25 tahun itu menjadi pembelian kelima Sunderland pada jendela perpindahan musim panas ini selepas Mobido Diakite, Cabral, Valentin Roberge dan David Moberg Karlsson.

johan-djourou-ac-milan-vs-arsenalSementara itu, Johan Djourou turut meninggalkan Arsenal secara pinjaman ke Hamburger SV dengan pilihan untuk mendapatkan pemain berusia 25 tahun itu secara kekal. Pertahanan antarabangsa Switzerland itu telah melepasi pemeriksaan kesihatan Isnin lalu dan bakal menghabiskan tempoh semusim di Imtech Arena. Terdahulu, Djourou pernah menghabiskan tempoh pinjaman ke Birmingham City (2007/08) dan Hannover 96 (2013)

Johan Djourou menyertai The Gunners dari Etoile Carouge pada 2005 ketika berusia 15 tahun. Pertahanan tengah ini telah menandatangani kontrak professional bersama Arsenal pada 1 Ogos 2003. Sepanjang bersama Arsenal, pemain kelahiran Abidjan, Ivory Coast ini telah beraksi dalam 144 perlawanan. Johan Djourou mengatakan dirinya teruja dengan perjanjian ini dan mengakui bahawa saingan Bundesliga lebih mngujakan berbanding Liga Perdana Inggeris.

“Saya sangat gembira kini, segalanya telah dimuktamadkan,” kata Djourou menerusi laman sesawang rasmi Hamburg SV.

“HSV merupakan sebuah kelab yang besar dengan kualiti dan penyokong yang ramai. Saingan Bundesliga lebih mengujakan dan seimbang berbanding liga lain di Eropah.”

Buat Vito Manone dan Johan Djourou, selamat maju jaya.

This entry was posted in Perpindahan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply