[PERPINDAHAN] ANDRE SANTOS SERTAI FLAMENGO

Arsenal FC mengesahkan bahawa pemain bek kiri Brazil, Andre Santos meninggalkan The Gunners untuk menyertai Flamengo dengan perjanjian kekal. Pertahanan berusia 30 tahun itu bakal kembali ke Brasileirao untuk menyertai bekas jurulatih skuad kebangsaan Brazil, Mano Menezes. Pemain kelahiran Sao Paolo ini pernah menghabiskan tempoh pinjaman bersama Flamengo dari Figueirense pada musim 2005/06 dengan melakukan 22 penampilan.

Andre Santos tiba di Arsenal pada 31 Ogosandre-santos-back-training 2011 dari kelab Turki, Fenerbahce dan berjaya memberi impak segera dengan menjaringkan gol pertama selepas 3 perlawanan bersama The Gunners. Jaringan tersebut berjaya membantu Arsenal menewaskan Olympiakos dalam saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah.

Bek kiri berusia 30 tahun ini terus mempamerkan aksi cemerlang sepanjang musim pertamanya termasuk menjaringkan gol ketika membantu The Gunners menewaskan Chelsea 5-3 di Stamford Bridge.

Kecederaan lututnya yang dialaminya menyaksikan sentuhannya kian pudar. Pertahanan kiri berusia 30 tahun semakin sukar mendapat tempat dengan hanya melakukan 12 penampilan pada musim 2012/13. Ketibaan bek kiri Sepanyol, Nacho Monreal pada Januari 2013 menyaksikan Andre Santos terpaksa meninggalkan Arsenal untuk menyertai kelab Brazil, Gremio secara pinjaman pada 10 Februari 2013.

Buat Andre Santos, selamat maju jaya.

Sumber : www.arsenal.com

This entry was posted in Perpindahan and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply