[LIGA MALAYSIA] KEPUTUSAN UNDIAN PIALA MALAYSIA 2013

undian-Piala-Malaysia-2013Saingan kejohanan bola sepak tertua di negara ini, Piala Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Piala HMS Malaya bakal memulakan sepak mula pada 20 Ogos ini yang memasuk edisi ke-87. Lantaran itu, pada Jumaat lalu berlangsungnya majlis undian peringkat kumpulan saingan Piala Malaysia musim 2013 yang berlangsung di Pusat Konvensyen TM, Menara TM Bangsar, Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur.

Dalam undian tersebut, juara treble musim lalu, Kelantan berdepan tugas getir apabila diundi dalam kumpulan maut bersama dua lagi pasukan jiran dari pantai timur, Terengganu dan Pahang serta juara Piala Malaysia 2011, Negeri Sembilan. Sementara itu, juara Liga Super 2013, Lions XII mempunyai peluang yang lebih cerah untuk meraih slot ke suku akhir apabila diletakkan dalam kumpulan D bersama Perak, Kedah dan juara Liga Perdana 2013, Sarawak.

Saingan kumpulan A menyaksikan juara 32 kali, Selangor pula yang merupakan naib juara Liga Super 2013 diundi bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Sime Darby FC dan Johor FA. Pasukan berstatus bintang, Johor Darul Takzim (Johor DT) pula dilihat tidak menghadapi masalah untuk mara ke suku akhir apabila diundi bersama-sama Selangor PKNS FC, T-Team Titans dan Felda United FC.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih mengekalkan format lama dengan dua pasukan terbaik daripada setiap kumpulan itu layak secara automatik ke peringkat suku akhir dan separuh akhir yang bakal berlangsung secara kalah mati dalam 2 perlawanan timbal balik. Sementara itu, perlawanan akhir pula dijadualkan pada 3 November ini di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

KEPUTUSAN UNDIAN PIALA MALAYSIA 2013 EDISI ke-87

Kumpulan A : Selangor, Angkatan Tentera Malaysia, Sime Darby FC, Johor FA

Kumpulan B : Johor DT, Selangor PKNS FC, Felda United FC, T-Team Titans

Kumpulan C : Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan

Kumpulan D : Lions XII, Perak, Sarawak, Kedah

JADUAL PERLAWANAN PIALA MALAYSIA 2013

Peringkat Kumpulan

– Perlawanan 1 – 20 Ogos 2013 (Selasa)
– Perlawanan 2 – 24 Ogos 2013 (Sabtu)
– Perlawanan 3 – 27 Ogos 2013 (Selasa)
– Perlawanan 4 – 31 Ogos 2013 (Sabtu)
– Perlawanan 5 – 17 Sept 2013 (Selasa)
– Perlawanan 6 – 21 Sept 2013 (Selasa)

Suku Akhir

– Perlawanan Suku Akhir 1 – 28 Sept  2013 (Selasa)
– Perlawanan Suku Akhir 2 – 4 Okt 2013 (Jumaat)

Separuh akhir

– Perlawanan Separuh Akhir 1 – Jumaat, 18 Oktober 2013 (Jumaat)
– Perlawanan Separuh Akhir 2 – Jumaat, 25 Oktober 2013 (Jumaat)

Final

– Perlawanan Akhir – 3 Nov 2013 (Ahad)

Incoming search terms:

  • jadual suku akhir piala malaysia 2013
This entry was posted in Liga Malaysia and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply