[KOMENTAR] ARSENAL HARUS KEMBALI MEMBINA MENTALITI KEJUARAAN

skuad-the-invincibles-arsenal-2012Lagenda Liverpool, Jamie Carragher mengakui betapa pentingnya Arsenal harus kembali membina mentaliti kejuaraan. The Gunners kini dihimpit tekanan dan berdepan dengan kritikan segelintir peminat-peminat selepas mengharungi 8 musim tanpa kejuaraan sejak kali terakhir menjulang Piala FA pada 2005. Mentaliti kejuaraan dalam sesebuah pasukan sangat penting dalam usaha untuk menjulang kejuaraan.

Bekas pertahanan Liverpool berusia 35 tahun itu telah mengumumkan persaraan pada hujung musim lalu selepas menghabiskan 17 tahun bersama The Reds dengan melakukan 737 penampilan. Kini, Jamie Carragher memiliki peranan baru sebagai pundit Sky Sports selain sebagai kolumnis dalam Daily Mail. Menjelang saingan musim baru, Carragher mula memberi pandangan mengenai kelab-kelab utama Liga Perdana Inggeris.

“Mereka (Arsenal) harus melakukan lebih dari sekadar menamatkan liga sebagai 4 terbaik. Mereka seharusnya mensasarkan untuk mengatasi Man United, Man City dan Chelsea dan menghadirkan lebih impak untuk memburu kejuaraan,” kata Carragher baru-baru ini.

“Saya rasa tiada alasan untuk mereka. Arsenal sama seperti Liverpool, sebuah kelab besar.”

Arsenal+v+Southampton++Premier+League

“Arsenal jelasnya telah melakukan lebih baik berbanding Liverpool dalam konteks Liga Juara-Juara Eropah. tetapi saya tidak berbicara mengenai Arsenal memenangi Liga Juara-Juara Eropah dan Liga Perdana Inggeris. Saya katakan dalam 8 tahun, setidak-tidak kamu berharap agar mereka memenangi Piala FA atau mungkin Piala Liga.”

“Kini, sudah terlalu lama dan ia sama sahaja setiap tahun. Mereka melayakan diri ke saingan Liga Juara-Juara dan tersingkir pada peringkat 16 pasukan terbaik serta berjuang hingga ke penghujung musim dalam liga untuk menduduki slot 4 pasukan terbaik.”

“Saya yakin penyokong-penyokong mereka lebih gembira untuk melihat mereka beraksi di perlawanan akhir atau separuh akhir untuk memburu kejuaraan. Saya rasa itu yang seharusnya mereka lakukan.”

“Mereka membawa masuk beberapa pemain sebagaimana yang Arsene Wenger telah lakukan. Tetapi mereka seharusnya mengembalikan mentaliti kejuaraan dan menakluki perlawanan besar.”

Arsenal-goal-celebration-vs-Manchester-City-Sept-2012

“Kamu tidak pernah menjangkakan Arsenal untuk memenang perlawanan besar dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan itu merupakan sesuatu yang mereka perlu atasi.”

“Saya rasa mereka boleh cuba untuk mendapatkan pemain utama. Mereka merupakan salah satu bahagian yang menarik di negara ini, mereka memiliki stadium yang hebat dan pengurus yang sudah berkhidmat untuk tempoh masa yang panjang.”

“Peminat-peminat bercakap mengenai mereka yang tidak menawarkan gaji seperti kelab besar yang lain kerana situasi dengan stadium tetapi ini sesuatu yang sihat. Mereka beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah dengan baik, jadi saya tidak lihat sebarang masalah di Arsenal. Mereka merupakan sebuah kelab gergasi dalam bola sepak Inggeris.”

“Mereka telah kehilangan beberapa jenis dan watak pemain yang dimiliki sebelum ini. Mereka belum mendapatkan penganti kepada pasukan yang mereka pernah miliki – skuad The Invincibles,” kata lagenda Liverpool itu lagi.

This entry was posted in Komentar and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply