[KOMENTAR] 5 PENDATANG BARU TERBAIK EPL MUSIM 2012/13

epl-liga-perdana-inggerisJendela perpindahan pemain menjadi medan terbaik bagi setiap kelab membina skuad yang mantap untuk bersaing dengan lebih kompetatif. Kehadiran pemain-pemain tempatan dan luar kepulauan Inggeris menghangatkan lagi saingan Liga Perdana Inggeris setiap musim. Berikut disenaraikan 5 pendatang baru Liga Perdana Inggeris musim 2012/13 yang menyerlah pada debut musim bersama kelab masing-masing.

1-SANTI CAZORLA (ARSENAL)

Santi-Cazorla-goal-vs-Aston-Villa-2013Playmaker kelahiran Sepanyol ini menyertai Arsenal dari Malaga CF pada 7 Ogos 2012 dengan yuran perpindahan dianggarkan bernilai £12 juta. Dengan memiliki sentuhan kreatif dan kemahiran mengelecek yang baik serta kemampuan melakukan percubaan jarak jauh, pemain berusia 28 tahun ini cepat menyesuaikan diri dengan corak permainan Arsenal. Cazorla beberapa kali tampil selaku penyelamat ketika situasi terumbang-ambing The Gunners musim ini.

Musim pertama bersama Arsenal, Cazorla berjaya menjaringkan 12 gol dan menghasilkan 16 assist dalam 49 perlawanan. Bekas pemain Villareal, Recreativo de Huelva dan Malaga CF ini mula menjadi pujaan penyokong-penyokong Arsenal. Malah, Santi Cazorla turut dinobatkan selaku Pemain Terbaik Arsenal musim 2012/13 dengan memperoleh 42.2% undian serta 4 kali dipilih selaku Pemain Terbaik Bulanan EA Sports.

2-MICHU (SWANSEA CITY)

Michu-Swansea-CityMiguel Perez Cuesta atau lebih dikenali sebagai Michu dibawa masuk dari kelab La Liga, Rayo Vallecano dengan yuran perpindahan sebanyak £2 juta oleh Michael Laudrup pada 20 Julai 2012. Nilai yuran perpindahan tersebut sangat kecil jika dibandingkan dengan sumbangan penyerang kelahiran Oviedo, Sepanyol ini yang meledak 22 gol dalam 43 perlawanan serta membantu The Swans menjulang Piala Capital One 2012/13.

Pemain berusia 27 tahun ini memiliki kawalan bola yang bagus dan sentukan penyudah yang berkesan serta mampu mencipta ruang buat rakan sepasukan menjaringkan gol menjadi aset berharga buat Swansea City. Kecemerlangan Michu pada musim pertama di Liberty Stadium menyaksikan beberapa kelab-kelab utama mula mengintai peluang untuk mendapatkan khidmat penyerang tinggi lampai ini.

3-CHRISTIAN BENTEKE (ASTON VILLA)

Christian Benteke Aston VillaKetika Benteke dibawa masuk dari kelab Belgium, Genk pada 31 Ogos 2012 dengan yuran perpindahan dianggarkan sekitar £7 juta, tidak banyak yang diharapkan oleh penyerang berusia 22 tahun ini. Namun, penyerang antarabangsa Belgium ini mula mencuri tumpuan dengan tampil selaku pengempur yang digeruni dalam Liga Perdana Inggeris dengan menjaringkan 19 gol dalam 34 perlawanan liga.

Christian Benteke merupakan pemain kelahiran Kinshasa, Zaire namun mendapat kerakyatan Belgium dengan memiliki 14 caps antarabangsa dan menjaringkan 6 gol setakat ini. Penyerang yang memiliki kekuatan melakukan rembatan dan sentuhan penyudah yang tepat kian meniti di bibir peminat-peminat bola sepak Inggeris. Kelibat Benteke mula menjadi sasaran beberapa kelab utama Inggeris.

4-MATIJA NASTASIC (MANCHESTER CITY)

Matija Nastasic Manchester CityPertahanan muda Serbia ini dibawa masuk dari Fiorentina dengan bayaran perpindahan sebanyak £7 juta pada 31 Ogos 2012 dengan menandatangi kontrak selama 5 tahun. Tidak banyak yang boleh diperkatakan tatkala menyaksikan Manchester City mengambil keputusan untuk melepaskan Stefan Savic dalam perjanjian untuk mendapatkan Nastasic dari Fiorentina. Pemain berusia 20 tahun ini turut memiliki 9 caps antarabangsa bersama Serbia.

Kehadiran Nastasic pada musim pertama ke Liga Perdana Inggeris berjaya memberi impak kepada skuad bimbingan Roberto Mancini yang sering kehilangan tonggak pertahanan kental yang merupakan kapten pasukan, Vincent Kompany. Musim ini, pertahanan antarabangsa Serbia ini berjaya melakukan 26 penampilan bersama The Citizen dan turut meraih anugerah Pemain Terbaik Manchester City bagi bulan Novmber.

5-EDEN HAZARD (CHELSEA)

Pemain muda kelahiran Belgium ini merupakan antara prospek sensasi bola sepak Eropah tiba di Stamford Bridge pada 4 Jun 2012 dengan bayaran perpindahan bernilai £35 juta dari kelab Ligue 1, Lille. Kepantasan dan kemahiran mengelecek yang bagus serta kemampuan melakukan percubaan jarak jauh menjadi aset untuk pemain berusia 22 tahun ini mencipta nama pada musim pertamanya bersama Chelsea.

Eden Hazard berjaya menjaringkan 9 gol dan menghasilkan 11 assist dalam 34 perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini. Kehadiran pemain berusia 22 tahun ini menepati reputasinya selaku Pemain Terbaik Ligue 1 musim 2010/11 dan 2011/12. Pelaburan besar yang dikeluarkan oleh Chelsea untuk mendapat khidmat Hazard dilihat bakal memberi impak yang lebih besar pada musim yang akan datang.

This entry was posted in Komentar and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply