[HOKI] PAUL REVINGTON KEKAL BERSAMA SKUAD HOKI NEGARA

Paul-Revington-Malaysia-hockeyTeka-teki mengenai masa depan Paul Revington bersama skuad hoki negara terlerai semalam apabila pengendali kelahiran Afrika Selatan bersetuju untuk meneruskan tugasnya sehingga kontrak asalnya selama dua tahun berakhir. Keputusan itu dibuat selepas Revington mengadakan satu perjumpaan dengan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Kuala Lumpur semalam.

Raul Revington kini komited bersama skuad kebangsaan untuk menghadapi saingan Piala Asia di Ipoh, Perak pada 24 Ogos hingga 1 September 2014 ini. Kejohanan itu menawarkan satu slot automatik ke Piala Dunia 2014 di The Hague, Belanda yang bakal menjadi rebutan beberapa gergasi Asia yang lain seperti Korea Selatan, Pakistan, India selain Malaysia. Menerusi satu kenyataan, Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) memaklumkan bahawa badan induk itu gembira dengan keputusan pengendali kelahiran Afrika Selatan itu.

“MHC ingin memaklumkan Paul Revington akan terus kekal sebagai jurulatih skuad hoki negara seperti yang telah dipersetujui dalam kontraknya. MHC berasa gembira dengan keputusannya itu dan berharap beliau mampu membawa hoki Malaysia ke satu tahap yang lebih tinggi lagi,” jelas kenyataan MHC semalam.

Perjumpaan semalam turut dihadiri oleh pengurus pasukan, George Koshy, Naib Presiden Kanan MHC, Datuk Nur Azmi Ahmad serta Ketua Pengarah Mjlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong selain Paul Revington dan Presiden MHC, Tengku Abdullah. Revington, 40, mula dilantik sebagai pengganti Tai Beng Hai pada 22 Ogos tahun lalu apabila menandatangani kontrak selama dua tahun serta pilihan sambungan kontrak selama dua tahun lagi.

Paul-Revington-dilantik-sebagai-jurulatih-MalaysiaSetakat ini, Revington berjaya membawa Malaysia muncul naib juara Piala Sultan Azlan Shah pada Mac lalu dan menduduki tempat keempat dalam Cabaran Juara-Juara I di Argentina tahun lalu. Walau bagaimanapun, bekas jurulatih Ireland itu menyatakan hasratnya untuk meletak jawatan dua minggu sebelum saingan separuh akhir Liga Hoki Dunia bermula di Johor Bahru selepas dikatakan kecewa dengan campur tangan beberapa pihak serta isu dalaman MHC.

Pada saingan separuh akhir Liga Hoki Dunia di Johor, Malaysia gagal menyambar salah satu daripada tiga slot automatik ke Piala Dunia 2014 apabila sekadar berada di tangga kelima. Malaysia yang menghuni ranking ke-13 dunia, diletakkan sebagai pasukan ketiga di belakang Korea Selatan dan Sepanyol dalam ‘waiting list’ bagi melayakkan diri ke Piala Dunia. Keputusan penuh pasukan yang akan layak ke Piala Dunia bakal diketahui pada 15 Ogos depan, seminggu sebelum Piala Asia di Ipoh bermula.

Keputusan jurulatih hoki kebangsaan, Paul Revington untuk terus bersama skuad Malaysia melegakan kem hoki negara yang kini dalam persiapan menghadapi Piala Asia di Ipoh, Perak pada 24 ogos hingga 1 September ini. Kata-kata positif dihamburkan oleh pemain-pemain yang negara yang gembira selepas pengendali berusia 40 tahun itu kekal membimbing skuad hoki negara dalam misi melayakan diri ke Piala Dunia 2014 di the Hague, belanda.

Malaysia-naib-juara-Piala-Azlan-Shah-Cup-2013“Jika dia (Revington) tiada mungkin sukar buat kami untuk fokus menghadapi kejohanan terdekat ini. Saya harap selepas ini kami dapat tumpukan perhatian untuk memburu slot ke Piala Dunia tahun depan menerusi Piala Asia ini,” – Chua Boon Huat

“Dia (Revington) seorang jurulatih yang baik buat kami semua dan taktikal yang diajarkan kepada kami adalah terkini dalam dunia hoki ketika ini. Bagi saya Revington memang wajar kekal bersama pasukan kebangsaan kerana kami mempunyai beberapa minggu sahaja lagi sebelum menghadapi Piala Asia.” – Muhammad Amin Rahim

“Saya juga yakin kami mampu untuk meraih kejuaraan di Ipoh sekaligus layak ke Piala Dunia 2014 (The Hague) sekiranya pasukan terus konsisten dengan corak permainan sedia ada.” – Mohammad Izad Hakimi Jamaluddin

This entry was posted in Hoki and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply