[HOKI] MALAYSIA TUMPAS KEPADA JERMAN DI SUKU AKHIR

hockey-malaysia-vs-germany-2013Impian Malaysia untuk meraih tiket beraksi dalam Piala Dunia 2014 tidak kesampaian apabil tewas 0-6 kepada Jerman di suku akhir kejohanan Liga Hoki Dunia di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru semalam. Skuad hoki negara tiada pilihan lain selain perlu muncul juara Piala Asia bermula pada 24 Ogos ini jika mahu beraksi di The Hague, Belanda tahun depan. Kali terakhir Malaysia beraksi di Piala Dunia pada tahun 2002.

Namun, skuad negara perlu menundukkan beberapa gergasi Asia termasuk Pakistan, India dan Korea Selatan untuk muncul juara Piala Asia 2013 yang bakal berlangsung di Stadium Hoki Sultan Azlan, Ipoh. Kekalahan Malaysia kepada Jerman yang berada di ranking no.1 dunia menyaksikan anak buah Paul Revington sekadar meneruskan cabaran untuk penentuan tempat kelima hingga kelapan. Skuad negara dijadualkan bertemu Pakistan pada Sabtu ini.

Dalam aksi di Stadium Hoki Taman Daya semalam, Jerman bermula garang dengan memberikan tekanan kepada bahagian pertahanan skuad kebangsaan menerusi beberapa percubaan tepat dalam kawasan Malaysia. Pasukan no. 1 dunia itu tidak menunggu lama untuk merobek gawang Malaysia apabila memperoleh gol pertama menerusi Christopher Zeller hasil pukulan sudut penalti pada minit ke-5.

Belum sempat anak-anak buah Paul Revington memperkemaskan benteng pertahanan, Jerman terus ghairah menambah gol kedua menerusi jaringan pukulan sudut penalti Linus Butt pada minit ke-8 diikuti gol ketiga menerusi jaringan padang Moritz Polk dua minit berselang. Malaysia tampak gagal menyaingi rentak permainan yang tidak memberi ruang buat skuad kebangsaan untuk mendapatkan jaringan dengan mengawal setiap pergerakan penyerang Malaysia.

Tatkala pemain-pemain Malaysia semakin hilang fokus, Jerman terus selesa mendahului 4-0 menerusi jaringan pukulan sudut penalti Christopher Zeller pada minit ke-12. Moritz Furste dan Thilo Stralkowski terus menambah gol buat Jerman pada minit ke-16 dan 18 menerusi jaringan padang. Kedudukan 6-0 kekal hingga tamat separuh masa pertama. Bersambung babak kedua, Jerman terus berpeluang menambah jaringan dengan memperolehi deretan.

Bagaimanapun, usaha Jerman mendapatkan jaringan tidak berupaya hingga tamat perlawanan kerana pertahanan skuad kebangsaan yang kembali mendapat rentak namun sudah terlambat. Sementara itu, Revington memuji Jerman kerana bijak memanfaatkan peluang yang ada untuk mendapatkan jaringan tetapi mengakui secara jujur yang dia amat kecewa dengan keputusan tersebut.

”Walaupun peluang untuk mendapat tiket ke Piala Dunia dalam kejohanan ini telah berakhir, kami perlu menamatkan kejohanan ini dengan baik kerana kejohanan ini ada menawarkan ranking.

”Buat masa ini saya tidak mahu memikirkan masa depan saya di sini atau peluang kita di Piala Asia selagi kejohanan ini belum berakhir,” kata Revington lagi.

This entry was posted in Hoki and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply