[HOKI] MALAYSIA PILIH LALUAN SUKAR, TUMPAS KEPADA ENGLAND

hockey-Malaysia-vs-England-2013Malaysia berdepan laluan sukar pada saingan suku akhir pusingan separuh akhir Liga Hoki Dunia selepas tewas 1-2 kepada England di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru semalam. Kekalahan tersebut menyaksikan skuad negara sekadar menduduki tempat ketiga dalam kumpulan B dan bakal menentang naib juara kumpulan A, Jerman yang merupakan pasukan ranking no.1 dunia pada aksi separuh akhir esok.

Perlawanan bermula rancak dengan aksi berbalasa serangan oleh kedua-dua pasukan. Namun, England terlebih dahulu meraih jaringan pada minit ke-20 menerusi pukulan sudut penalti pemain Richard Smith. Anak-anak buah Paul Revington kembali mengikat kedudukan 7 minit berselang apabila penyerang negara, Tengku Ahmad Tajudin Abdul Jalil melakukan penyudah susulan pukulan sudut penalti daripada Faizal Saari.

Bersambung babak kedua, England dan Malaysia tampil lebih agresif untuk mencari gol. Bintang England, Ashley Jackson memperoleh dua peluang terbaik untuk menjaringkan gol namun pukulan sudut penaltinya gagal menemui sasaran. Malaysia turut terlepas peluang peluang untuk mendahului namun pukulan sudut penalti Faizal Saari sedikit tersasar di sebelah kiri gawang England yang dikawal oleh George Pinner.

England akhirnya berjaya menemui sentuhan gol menerusi jaringan pada Barry Middleton pada minit ke-58. Meskipun, Malaysia terus mengasak untuk memperoleh gol penyamaan namun kedudukan 2-1 kekal hingga tamat perlawanan. Ketua jurulatih kebangsaan, Paul Revington nyata kecewa dengan prestasi yang dipamerkan oleh anak-anak buahnya pada perlawanan menentang England.

“Terlalu banyak bermain dalam corak permainan serangan dan bertahan ketika menentang Afrika Selatan pada Ahad lepas sedikit menjejaskan kualiti permainan kami hari ini (semalam). Ini juga bukan standard permainan yang kami mahukan,” kata pengendali kelahiran Afrika Selatan itu.

“Menentang Jerman pada suku akhir nanti kami perlu buang perasaan takut meskipun kami amat menghormati pasukan lawan,” kata Revington kepada pemberita pada sidang akhbar selepas tamat perlawanan semalam.

JADUAL SUKU AKHIR PUSINGAN SEPARUH AKHIR LIGA HOKI DUNIA 2013

Tarikh : 4 Julai 2013 (Khamis)
Venue : Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru

14.45  – Argentina vs Afrika Selatan
17.00 – England vs Jepun
19.15 –
Pakistan vs Korea Selatan
20.30 – Jerman vs Malaysia

This entry was posted in Hoki and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply