[HOKI] MALAYSIA MASIH BERPELUANG KE THE HAGUE 2014

Malaysia-Liga-Hoki-Dunia-2014Meskipun gagal meraih tiket automatik untuk melayakan diri beraksi dalam kejohanan hoki Piala Dunia 2014 di The Hague, Belanda namun prestasi skuad negara dalam Liga Hoki Dunia di Johor Bahru dari 29 Jun hingga 7 Julai lepas. Malaysia masih berpeluang untuk meraih satu slot lagi untuk ke Piala Dunia 2014 jika berjaya muncul juara dalam kejohanan hoki Piala Asia 2014 di Ipoh yang bakal bermula pada 26 Ogos depan.

Bekas tonggak skuad hoki kebangsaan yang pernah beraksi dalam Piala Dunia 2002, Nor Saiful Zaini Nasiruddin yang  melaungkan keyakinan bahawa skuad kebangsaan mampu melangkah ke Piala Dunia dengan mengungguli Piala Asia tanpa perlu mengharapkan ihsan daripada slot benua lain. Nor Saiful Zaini mengakui corak permainan skuad kebangsaan kini bertambah baik kerana menekankan aspek serangan dengan pemain juga sudah dapat menerima sistem baru tersebut.

hockey-malaysia-vs-germany-2013“Gaya permainan kita hampir sama seperti yang diamalkan oleh pasukan Australia dan Belanda, yang gemar melakukan serangan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

“Bagi saya dengan corak permainan ini, kita mampu untuk layak ke Piala Dunia.”

“Ini kerana semasa Piala Asia nanti, pasukan yang bertanding setaraf pasukan kebangsaan berbanding ketika menyertai Liga Hoki Dunia di Johor Bahru.”

Ketika ini, belum ada wakil dari Asia yang menempah tempat ke Piala Dunia tahun depan terutama selepas tamat saingan kejohanan separuh akhir Liga Hoki Dunia minggu lepas. Sementara itu, Nor Saiful Zaini turut yakin ketua jurulatih kebangsaan Paul Revington akan terus bersama skuad kebangsaan bagi menghadapi saingan Piala Asia.

hockey-Malaysia-vs-England-2013“Sekiranya Revington meninggalkan skuad kebangsaan ketika ini, sudah sukar buat pemain kerana mereka sudah selesa dengan corak permainan jurulatih tersebut.

“Bagi saya Revington adalah seorang yang profesional tambahan pula jurulatih tersebut mempunyai misi yang perlu dilaksanakan iaitu untuk membawa skuad kebangsaan ke Piala Dunia,” kata Nor Saiful Zaini lagi.

This entry was posted in Hoki and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply