[HOKI] MALAYSIA BANGKIT TEBUS KEKECEWAAN

hockey-malaysia-v-pakistan-2013Skuad negara bangkit dari kekecewaan disingkirkan oleh Jerman pada aksi suku akhir Liga Hoki Dunia 2013 di Johor Bahru dengan menewaskan Pakistan dalam penentuan tempat ke-5 hingga 8 semalam, Kegagalan mara ke separuh akhir menyaksikan impian Malaysia merebut salah satu dari tiga tiket automatik ke Piala Dunia 2014 musnah. Namun, skuad negara masih memiliki peluang terakhir dengan perlu muncul juara kejohanan Piala Asia 2013 bermula pda 24 Ogos ini.

Pada aksi semalam di Stadium Hoki Taman Daya, skuad bimbingan Paul Revington tampil penuh semangat untuk menewaskan Pakistan yang merupakan pasukan no.1 Asia selepas terikat seri 4-4 pada aksi peringkat kumpulan Sabtu lalu. Malaysia bermula garang dan berjaya mendahului 1-0 menerui pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Muhammad Razie Abd. Rahim pada minit ke-14. Pakistan yang dibimbing Abdul Khan bangkit untuk menyamakan kedudukan dua minit kemudian melalui jaringan padang Shafqat Rasool.

Malaysia memperoleh jaringan saguhati selepas penjaga gol Pakistan, Imran Butt menjaringkan gol sendiri ketika cuba menahan pukulan kencang pemain negara, Faizal Saari dari luar kawasan D pada minit ke-19 untuk kedudukan 2-1. Bersambung babak kedua, permainan semakin rancak dengan kedua-dua pasukan berjaya membuat beberapa cubaan berbahaya terutama menerusi pukulan sudut penalti. Penyerang negara, Tengku Ahmad Tajudin Abdul Jalil meletakkan Malaysia selesa di depan apabila menjaringkan gol ketiga menerusi jaringan padang pada minit ke-38.

Malaysia-v-Pakistan-World-Hockey-League-2013Kedudukan 3-1 kekal hingga tamat perlawanan meskipun kedua-dua pasukan ghairah melancarkan serangan. Kemenangan ini bakal memberi tonik buat pasukan Malaysia yang bakal turun dalam aksi Piala Asia 2013 di Ipoh bermula 24 Ogos hingga 1 September. Paul Revington menegaskan bahawa kemenangan itu adalah hasil daripada kerjasama berpasukan dan keyakinan yang tinggi kesemua anak buahnya.

“Memang saya gembira dengan kemenangan ini kerana ia merupakan kemenangan pertama kami ke atas Pakistan. Walaupun pemain ada melepaskan beberapa peluang untuk menambah jaringan, secara keseluruhannya saya tetap gembira dengan keputusan ini.

“Saya harap, pemain akan terus menunjukkan komitmen tinggi pada perlawanan terakhir esok (hari ini),” kata Revington pada sidang akhbar selepas perlawanan semalam.

Pada perlawanan penentuan tempat kelima hari ini, Malaysia bakal bertemu Jepun yang terlebih dahulu menewaskan Afrika Selatan 1-0 menerusi penentuan pukulan penalti selepas kedudukan terikat 2-2 setelah tamat permainan. Pakistan dan Afrika Selatan pula akan bertemu bagi menentukan kedudukan ketujuh dan kelapan.

This entry was posted in Hoki and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply